Google+ Followers

Friday, February 28, 2014

Solat Istisqat

Assalamualaikum..
Cuaca makin hari makin panas kan!Banyak kawasan dah kena catuan air.Kat rumah kecil saya pun Ain dah cakap,ummi,kesian pokok tu nampak sad sambil tunjuk gaya daun pokok yang macam turun ke bawah.Selalunya pokok tu segar je..
Pagi tadi on the way ke sekolah saya dengar dalam radio Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya akan mengadakan solat istisqat iaitu solat minta hujan.Kat kawasan kampung saya pun akan dijalankan esok.Semoga akan turun hujan rahmat nanti.
Semoga Allah memberikan kita yang terbaik kerana Allah tahu bila saat terbaik untuk setiap hambaNya.Aaminn.

Cerita Anak2 Umi:)

Syukur Alhamdulillah.Hari ni dah genap 2 bulan Zahin bersekolah di LC..

Balik dari sekolah tadi dengar dia duk nyanyi I am little khalifah,khalifah of Allah..Hehe.Diulangnya lagu tu.

Yang ni paling mengujakan umi:
Zahin dah pandai baca bacaan dalam solat.Yang simple2 saja iaitu bacaan masa rukuk dan sujud.Kat Tesco tadi pun dibacanya ayat tu berulang kali..Syukur Ya Allah.Dari kosong umi hantar ke sekolah sekarang dia dah dapat sikit2:)

Sebelum ni dia cuma tahu nyanyi lagu hafiz af dan lagu tema ultraman je..mana2 lagu hafiz dia akan minat.

Ain pula cerita tadi yang dia cry hari ni sebab kawan dia Qaisara akan pindah sekolah.Dia cakap dia kuat nangis dan hug Qaisara.Qaisara pun sedih sebab nanti rindu kat semua.Hehe.Budak2 pun dah tahu erti sahabat.Betapa anak kecil ini mempunyai hati yang suci murni..

Ya Allah,Kau terangilah hati anak2 kami..aamiinn♡♥♡

Puisi Cinta Ahmad Ammar

Assalamualaikum dan salam saiyidul ayyam

Hari tu saya sempat belek buku Puisi Cinta Ahmad Ammar yang ditulis olej Group Penjejak Tamadun Dunia.Buku ni dijadikan hadiah untuk adik ipar yang sakit belakang.Slip disk.

Apa yang saya tertarik ialah bila ayahnya Encik Azam berkata ingin rehat dan berhenti dari semua kerja yang dilakukan kerana terlalu penat.Balas Ahmad Ammar,

  "Dunia ni tempat berpenat dan berlelah.Akhirat(syurga) nanti tempat kita berehat"

Terdiam ayahnya seketika kerana selama ini ayahnya sering memberikan kata2 semangat untuk anaknya itu.

Satu lagi ialah bila abang ipar Ammar mengatakan yang keluarga mereka ini tidak pernah berbincang tentang masalah keluarga sebaliknya berbincang hal ummat sejagat.Masya Allah.

Patutlah masa Ahmad Ammar dikebumikan saya nampak wajah ke dua2 orang tua mereka tenang sahaja.Saya yang menonton video tu pun lencun dengan air mata.

Semoga kita semua juga dikurniakan sifat2 mahmudah dan anak2 kita tergolong dalam kalangan anak yang soleh solehah.Aaminn..(Sekadar perkongsian di hari Jumaat)



Thursday, February 27, 2014

Astro Tukar Setting

Balik sekolah tadi,eh macam lain je tengok tv.Rupanya astro tukar setting dia.Agak kekok sikit.Mula2 saya ingat saya ada rekodkan cerita,rupanya tidak.

Tapi dalam fasa membiasakan diri.Haish!Mungkin nak naik tarafkan servis.Kalau perkhidmatan yang bagus oklah.Maklumlah bayaran pun dah lain kan..

Sos Marinate

Assalamualaikum
Hari ni ambil baby daripada taska pengasuh cakap esok baby tak boleh pergi sekolah dah.Dah penuh dengan ketulan2 chicken pox hampir keseluruhan badannya.Kesian baby zaim.Nasib baik esok abahnya cuti.
Petang ni sebab takut baby tak boleh makan yang berminyak,saya marinatekan daging dan ayam dengan sos yang sangat special.Memang sedap.Semua rasa cukup dengan black pepper,serai dan macam2 lagi.
Saya kenal sos ni masa ke Melaka hari tu.Kebetulan kitorang buat bbq.Adik ipar dari BSP  ada bawa sos marinate.Katanya kawan suami dia yang buat.Kitorang siap beli daging kambing yang dah dipotong2 tu untuk diperap.So alang2 sedap saya pun orderla satu bekas.Harganya dalam rm40++.
Asalnya saya dan sorang lagi biras saya memang tak suka kambing.Tapi bila makan dengan sos marinate ni memang tak bau pun kambing yang di bbq kan tu.Saya yang tukang hiris daging memang kekenyangan makan sehingga bertambah2..Semua orang berebutkan daging kambing.Ayam dan daging semua tak layan.Hihi.Memang betul2 sedap.
Nanti kalau nak buat lambchop ke whatever,bolehlah pakai sos ni.Guna sikit saja dan boleh tahan lama.Lagi lama perap lagi sedap!Walla..

Wednesday, February 26, 2014

5S di Rumah

Assalamualaikum

Masih ingat lagi dengan 5s?Dulu2 kan masa memula diperkenalkan,semua ofis swasta dan government ambil langkah draatik buat benda ni.Ia diambil dari bahasa jepun yang semuanya saya dah lupa.Hoho..

Tapi dalam bahasa ibunda yang masih saya ingat ialah sisih,susun,dan...dua tu lah kot:)Sepah, satu lagi! saja melawak kat husband.

So,inilah hasilnya.En hubby yang buat semua ni.Dari dalam peti ais sampailah yang diluar peti ais.Kalau perasan yang tulis awas kari tu,means rempah kari.Kami orang Kelantan panggil awah..Bukan awas gerak langkahmu!:)

Saya ada juga terbaca susu pekat yang dibuka tidak boleh terus disimpan dalam tin untuk beberapa hari.Sangat bahaya.Maknanya kena letak dalam bekas lain selepas dibuka.Dan labelkannya.

Tapi saya perhatikan memang senang nak cari barang bila di5s kan..Contoh:ikan bilis,bawang goreng,belacan,cili,susu,serai,dan hampir semua barang dalam peti ais rumah saya di 5skan.Lagipun lebih kemas.Nampak tersusun.

saya yakin ramai yang dah buat.Kepada yang belum buat cubalah:)

Mc Bidan Terjun

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.Lega.Itulah yang dapat saya gambarkan setelah menjadi mc bidan terjun dalam kejohanan tenpin boling untuk mssd petaling perdana.Majlis berlangsung di Sunway Pyramid.

Sebenarnya saya tak pernah pun jadi mc untuk mana2 majlis di sekolah samada yang besar ataupun sekecil2 majlis.Inilah kali pertama.Asalnya mc yang sebenar masuk wad komplikasi kencing kotor semasa pregnant.Jadi saya diminta menggantikan tempatnya.Mulanya saya menolak.Iyalah,suara gangsa saya ni mana boleh menandingi suara mc tu yang lemak merdu.Setelah dipujuk untuk bergandingan berdua dengan sorang lagi senior,saya bersetuju.Manalh tahu hari ni kita memudahkan kerja orang,nanti Allah akan mudahkan  kerja kita bukan?

Kami menaiki kereta Pengetua ke sana.Mak aih,bersihnya kereta pengetua dan wangi pula tu.
Kalau kereta saya.Hihi..Maklumlah bawa 3 orang malaikat kecil.Jenuh juga cari parking walaupun bertolak pukul 11 lebih..Oklah,semua berjalan lancar.Tahun ni juga banyak kali saya keluar sekolah.Bolehlah release kan walaupun kertas exam tak buat lagi.Huhu..Hari2 yang sangat sibuk untuk saya pada awal tahun ini.

Tadi sempat pusing2 kat parkson.Tengok handbag.Banyak sale tau.Tak sempat sambar,diorang dah call..Hihi.

#Ambil baby dari taska tadi tengok dah ada biji2 chicken pox.Nampaknya bersedialah saya untik bercuti..Patutlah semalam dedar je badan dia.

Wednesday, February 19, 2014

Rancangan Pelajaran Harian(RPH)

Assalamualaikum..

Ni entry ke-2 saya untuk hari ni.Bukan apa,saja nak menunjukkan rasa boring.Jadi,tak nak bazir masa saya dah pun siapkan lesson plan saya sampai Isnin.Oh my Allah:)Hebat tak?Ada unsur perasan di situ.

Nasib baik tak bawa laptop.Kalau bawa laptop maunya kertas exam awal tahun pun boleh siap ni.Hihi..Iyalah,daripada menganga tengok budak baik buat kerja kan.Saya perhatikan ramai juga yang bawa buku latihan budak untuk ditanda.Tengok betapa rajinnya cikgu2.Kalau boleh setiap saat tidak ingin dibazirkan.

Hehe..Itu saja.Semoga keringat dan usaha cikgu2 akan diberkati oleh Allah..

#tadi pergi makan di kantin sekolah ni ada cikgu tu tegur kata cikgu praktikal ke??ehem2..Perasan dan kembang sekejap:)

7 Tahun Sudah

Assalamualaikum..

Serius tak perasan dan tak ingat pun tarikh bertunang.Tapi bila tengok album semalam.Hari ni rupanya tarikh saya bertunang.19.2.2007..masa tu cuti raya cina.Hehe.Kelakar pun ada bila tengok gambar tunang.So,sekarang saya dah tambah satu lagi tarikh untuk diingati:)Tunang je pun.Kejap lagi nak wish kat suami.Mesti dia terkejut dan terharu ni..haha.

Hari ni sekali lagi ke smk sri serdang.Bawa budak training untuk msss selangor.Haii.Bencinta betul saya dengan sekolah ni tahun ni.Bulan 3 nanti kena datang lagi untuk jadi hakim pantun.Muahaha.Pantun lah sangat..Tapi timba ilmu dulu kan.Manalah tau boleh jadi hebat macam senior saya kat usm dulu.Ahmad Fedtry Yahya.

Ha..semalam makan kfc golden wrap chicken.Sedap juga lah.Tambah2 ada mushroom.Memang rasa dia punya ayam tu.Lain dari sebelum ni.Memang menjilat jari.

Sebenarnya ni tengah boring tengok budak berlatih. Update blog kejap.Eh,pampers petpet kT Giant murah semalam.Rm 31.88..Saya ambil 2 walaupun dia hadkan 3.Tak cukup duit maa..

Jom tengok gambar saya masa bertunang.Gambar dalam gambar.Kabur je pun.






Sunday, February 16, 2014

14.02.14-Baby Zaim dah Boleh Jalan

Assalamualaikum dan hai..

Alhamdulillah,baru siap key-in sps.Fuh lega..Nak buat soalan dan nak menaip sikit lagi..Harap2 semuanya lancar.

Nak share juga tentang tarikh cantik 14.2.14 baru ni.Kena pula jatuh pada hari Jumaat.Orang kata banyak tarikh cantik pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat Saiyidul Ayyam.Masha Allah.

Pada tarikh ini baby Zaim baru boleh berjalan.Syukur sangat.Dalam usia 15 bulan dia start jalan.Kalau kakak Ain 13 bulan,Zahin 14 bulan dan baby Zaim15 bulan.Hehe..Kalau sorang lagi maunya 16 bulan.

Risau juga sebab dia lambat jalan.Bila mak mertua cerita ada  baby kat kampung dia start jalan 10 bulan lagi,suami selalu back up kata selalunya budak yang bijak lambat sikit boleh berjalan.Haha.Saja nak menyedapkan hati.Kalau lagi lambat lagi bijak lah yea.?Sebenarnya tu semua ketentuan Allah.Siapa kita untuk menidakkannya..

Patutlah masa ambil dia dari nursery hari tu Pengasuh suruh Zaim jalan.Tapi dia cuma merangkak dengan laju.Balik rumah dia start jalan dalam 6 langkah non stop.Bila dia jatuh,dia bangun lagi dan jalan lagi.Kelakar pun ada sebab dia macam nak menunjuk dia dah boleh jalan. Abang dan kakak pun happy sangat tengok dia boleh jalan.Siap bagi kiss kat baby bertubi2..♥♡♥

Thursday, February 13, 2014

Dapat Naib Johan Ping Pong

Assalamualaikum

Hehe..Hari ni sekali lagi bawa budak ping pong.Tahniah,dapat naib johan.Sekolah saya kalah dengan Sambes.Tapi kalah tipis sangat.

Sebab menang,lambatlah balik dan sampai rumah.Tapi hari ni tak sesat.Alhamdulillah.Syukur juga sebab ulang alik ni tanpa roadtax. Ampun pak polisi.Bukan tak nak bayar,suami sangat busy dengan audit.Lepastu dapat tahu ada saman.Kena settle saman dulu.Dah minggu ni masing2 sibuk.Harap2 hari Isnin ni boleh settle semua.

Macam2 doa saya baca tadi supaya tak sesat dan tak jumpa polis.Saya ingat lagi dulu masa saya form 4 dan abang saya yang nombor 2 form 5,kami ke Pasir Puteh,rumah atuk nenek kami tanpa roadtax.Masa tu rempit ngan motor saja.Nenek saya ajarkan supaya baca wajaalna min baini aidihim saddam wamin kholfihim sadda faaghshainahum fahum la byubsirun...Ayat dalam Surah yasin.Polis tak akan nampak  .Hihi..Cubalah amalkan.

Saya juga ajar kawan2 masa kat u bila nak antar assignment,baca dulu ayat ni supaya setiap kesalahan yang kita buat lecturer  tak nampak.Bila lecturer nak soal pun baca ayat ni supaya dia tak nampak kami..Kelakar kan!Diorang pun senget,amalkan juga dan menyalahgunakannya.Haha..Tapi itu cerita zaman dulu2 la.Peace♥★♥

Monday, February 10, 2014

Pengat Labu

Assalamualaikum..

Tadi kan saya cakap yang saya bawa budak ping pong.Balik tu sesat sekejap sampaikan masuk cyberjaya.Saya dah panik dah.Nasib baik ada budak ni cepat2 on kan gps dari handphone dia.So,saya u turn kat mana2 entah tadi..Huhu..Nasib baik jumpa dan bawa budak2 form 5.Kalau budak kecik naya saya.

Balik sekolah saya rasa macam nak makan pengat labu.Lagipun dah lama labu tu bertapa dalam peti sejuk.Kesian lah dia.Saya masakkan sebelah saja tadi.Ni pemberian kawan sekolah.Saya campur dengan sedikit sagu.

Rasanya?Alhamdulillah.Tidak mengecewakan.Nanti anak2 balik sekolah makan pengat je lah.Rasanya nak buat cekodok bilis lah satu lagi untuk tambahan masakan.Ganti nasi.Malam ni dah tak payah masak dah.Hihi..

Bawa Budak Ping Pong

Assalamualaikum..Hai.

Hari ni pagi2 lagi saya dah sampai ke smk sri serdang.Bawa budak2 ping pong.Kelmarin,saya dan suami dah pun pusing2 jalan ke sekolah ini memandangkan sekolahnya sangatlah jauh.Walaupun ini kali kedua saya ke smk sri serdang tapi saya memang agak lemah bila melibatkan jalan.

Satu lagu rahsia,kereta baru saja tamat cukai jalan.7.2.Hari ni baru nak bayar dengan myeg.Harap sangat perjalanan saya dipermudahkan.Pagi tadi saya buat solat hajat dulu untuk Allah bagi saya petunjuk dan memudahkan perjalanan saya.Alhamdulillah semua lancar.Teruk betul kan saya,bila tau kena pergi jauh.Saya rasa macam jauh sangat dah perjalanan tu.Walhal kalau orang lain rasa macam biasa saja.

Friday, February 7, 2014

Maharaja Lawak Mega Akhir

Assalamualaikum..

Hai.Saya cukup teruja malam ni untuk menyaksikan MLM akhir.Walaupun selalu tengok ulangan,namun saya tetap minat MLM kali ni.Saya cukup bersemangat nak tengok siapa juara malam ni.Awal2 lagi saya dah masak nasi dengan ikan tongkol masak kicap untuk makan malam.Sebabnya MLM agak lewat.pukul 10 malam.

Untuk malam ni saya tentunya memilih Jambu.Pasukan favourite saya.Tak tau lah.Memang suka tengok Jambu buat persembahan.Bersahaja tapi menghiburkan.Tempat ke-2 saya jangkakan Sepah 2.Tempat ke-3 terpulanglah.Hihi..Walaupun Sepah saya jangkakan agak sengit juga persaingan yang akan diberikan nanti.

Apa-apapun,esok saya sekolah.Mesyuarat PIBG.Harap2 Jambu juara malam ni.♥♡♥

Thursday, February 6, 2014

To Zahin yang Bijak:)

Assalamualaikum..

Semalam bila balik sekolah saya mengemas barang2 mainan Zahin yang bersepah di lantai.Tiba2 muncul idea nak kira berapa banyak robot Zahin yang tinggal.Kalau diikutkan Zahin ni peminat tegar Ultraman masa dia kecik2 dulu.Tapi sekarang minat tu dah berkurang dah.Mungkin dia sudah matang.Tengok tv pun tak minat dah cerita disney junior dan sewaktu dengannya.Malah dia minat tengok drama2 atau filem dewasa.Cerita orang cantik katanya.

Inilah sebahagian robot Zahin yang tinggal.Mungkin bila dia besar nanti dia boleh baca blog umi yang tak seberapa ni.Saja nak suruh bagi dia ingat.Ni pun ada lagi rasanya yang belum ditemui.Contohnya bawah katil,belakang almari dan banyak lagi tempat.Belum lagi dikira yang tercabut kepala dan yang sudah arwah.

Sekarang minat Zahin lebih kepada superhero.Spiderman dan power rangers.Kereta spiderman pun tak tau letak mana dah.Tadi masa kat sekolah,lega hati umi bila dengar teacher cakap Zahin berbeza dengan budak2 yang seusia dia.Tak lari2 kat sekolah.Dan dia macam boleh ikut.Harap2 terus positif sampai ke hujungnya.Cuma tecer suruh umi ajar dia menulis dengan lebih lagi.Sebabnya umi pun asyik ajar kaler je:)

Insyaallah.Harap Zahin terus istiqamah dalam menuntut ilmu.Jadi anak soleh dan bijak sesuai dengan maksud namanya yang bijak.aminn.

Goreng Pisang Cheese

Assalamualaikum..

Pernah makan goreng pisang cheese?Petang2 macam ni best juga kalau pekena goreng pisang.Lawan pula dengan teh o atau kopi o.Memang meletops.

Hari tu,masa ke Taiping,sampai2 saja,saya dihidangkan goreng pisang coklat cheese untuk makan petang.Rasanya memang best.Ada rasa coklat sikit dan cheese.Lain2 flavour pun ada menurut adik saya.Ada strawberi dan lain2 lagi.

Sekarang ni macam2 benda dah kan!Bukan kek je leleh,goreng pisang pun leleh.Harga yang dibeli dalam packaging yang comel ni cuma rm3.Murah bukan?

Next time boleh try buat.Tapi kena gigih lah sikit:)

Tuesday, February 4, 2014

Kudis Malam

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak kudis malam?Saya pun baru juga dengar.Entahlah kenapa dipanggil kudis malam bukannya kudis siang.

Sebenarnya yang kena kudis malam ni anak saya Ain.Saya ingatkan bisul biasa saja.Memandangkan dulu saya pun pernah kena macam ni.Masa tu saya form 3.Bisul tu pecah masa saya kelas tambahan waktu malam.Habis lengan baju saya dipenuhi darah.Memang sakit.

Saya dapat tau yang Ain kena kudis malam ni pun masa di Taiping hari tu.Mak mertua adik saya yang bagitau kat tangan anak saya tu bukannya bisul.Dia ada bagi krim untuk disapu.Kalau nak tau kudis malam ni kalau tengah malam dia agak teruk.Siang nampak macam biasa.Pelik juga kan.

Alhamdulillah selepas sapu dengan krim yang diberikan,nampaknya kudis tu macam nak sembuh dah.Syukur..

Saat Habis Cuti

Assalamualaikum..

Bestnya cuti panjang kan..dapat lah luang masa bersama2 anak2..Memandangkan abah ain pun cuti,jadi hari ni kami sempatlah kemas rumah yang sangat berhabuk.Jemur tikar dan mop lantai semua.Alhamdulillah.Lega,rumah bersih.Tapi kerja sekolah umi satu apa pun tak buat lagi.Hihi.Pemalas betul.Buku langsung tak terusik.

Tadi kami makan nasi dagang di rempah bonda.Balik tu sempat ke giant dan singgah lagi di Ali Bistro.Makan roti canai sardin.Hi,teruk betul.

Sementara menunggu anak2 balik sekolah saya sempat buatkan spageti permintaan Ain pagi tadi.Ok.Esok dah nak kerja.Malasnya...