Google+ Followers

Monday, January 13, 2014

Resepi Ikan Cencaru sumbat

Assalamualaikum dan hai..

Ini kisah semalam sebenarnya. Semalam saya terlebih rajin.Masakkan ikan cencaru sumbat ni. Sebenarnya sudah tiga minggu bertangguh nak makan ikan cencaru. Akhirnya semalam baru tercapai hajat.Muahaha..Terima kasih suamiku yang sudi membelikan ikan ini untuk isterimu ini.Belinya kat pasar tani satdium Shah Alam.Segar-segar ikannya.Yang mencetuskan idea saya untuk buat cencaru sumbat ni sebabnya limau nipis bekalan bonda dari kampung masih ada lagi walaupun kulitnya hampir bertukar kuning.Tapi jusnya tetap banyak lagi dan tidak mengecewakan tekak  sesiapa yang memakannya.Ewah..

Berbalik kepada resepinya,saya gunakan:

  1. ikan cencaru:) (yang dah dibelah belakang)-suruh je orang jual ikan tu siang dan belah belakangnya.Kalau tak susah kita nanti.
  2. bawang merah-lebih kurang 10 biji,bergantung kepada banyaknya ikan
  3. sedikit halia.
  4. cili padi-saya selalu anggarkan 2 biji untuk seekor ikan(ni pun terpulang,sapa yang nak pedas boleh perbanyakkan lagi)saya tak suka sangat pedas,so kadar cili tu cukuplah untuk saya.Nantikan habis keluar air hidung dan mulut pula:)
  5. sedikit belacan(ni lah senjata rahsianya)-ni pun terpulang.orang yang alah akan belacan takyahlah letak belacan.Memang jiran-jiran pun akan bersin bila saya start goreng ikan ni.Maklumlah bau belacan menusuk jiwa.Barulah kick!!
  6. sedikit jus perahan limau nipis.(anggaran dalam sebiji/atau dua biji)
  7. sedikit gula dan garam
Cara memasaknya:
  • Setelah ikan cencaru dibersihkan, tumbuklah semua bahan-bahan yang saya nyatakan di atas dengan menggunakan lesung batu hikmat.Memang mudah.(ikan cencaru jangan tumbuk tau)
  • bahan no.5 dan 6 tu letakkan last sekali.Try sedikit dengan lidah.Seimbangkan rasa masam, masin dan sedikit manis.
  • tadaa..siap..memang best.Percayalah saya..
  • lupa pulak, lepas tu,dengan menggunakan sudu,masukkanlah sedikit demi sedikit bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam ikan.
  • inilah hasilnya .Anda boleh pilih samada untuk goreng atau bakarnya.Kalau goreng, make sure api kena tahap paling kecik.Sebabnya,kalau api besar,isi tak masak,kulit dulu yang hangus..
Ni pun one of my favourite recipe tambah-tambah lagi menjelangnya Ramadhan.Resepi dari bonda tercinta juga..Selamat Mencuba..

Inilah ikan yang dah siap disumbat



8 comments:

  1. Me too..suka juga ikan sumbat macam ni. Tapi kalau buat sdiri lagi banyak buat yg pakai kelapa..kami di pasir mas guna kelapa...cili kering tak buh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kami di ketereh pakai cili..secara jujurnya tak pernah pun buat pakai kelapa..saya benda2 masam dan pedas memang suka sangat..cili kering tak buh sis:)simple dimple saja

      Delete
  2. hari ni aku pun wat ikan sumbat kak..beli 2 ekor utk aku sorang..rizal xmkn..sbb terliur tgk gmbr tu..waaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi ko dop?ikut resepi i tak?

      Delete
    2. jadi kak..mabeles..hihi..lama dah x mkn ikn sumbat tu gak..hr ni buat asam pds ikan patin...tp pakai pes segera..hihi...

      Delete
    3. jadi kak..mabeles..hihi..lama dah x mkn ikn sumbat tu gak..hr ni buat asam pds ikan patin...tp pakai pes segera..hihi...

      Delete
  3. Wah..blog bwrubah wajah... cantik hijau...ijoooo

    ReplyDelete