Google+ Followers

Friday, January 31, 2014

Tuna Temptation Domino's Pizza

Assalamualaikum

Kami dah sarapan.Awal kan!Sebenarnya pagi ni sarapan dengan pizza yang dimakan malam tadi.Sengaja beli lebih untuk sarapan pagi ni.

Bercakap tentang pizza,kami sekeluarga sudah mula beralih arah kepada Domino's piza.Bukan kata dah tak makan pizza hut,tapi anak2 lebih suka domino.Kalau ke pizza hut anak2 hanya akan makan mushroom soup dan Deli Chicken wing saja.Yang pizzanya umi dan abah terpaksa makan.

Tuna temptation ni memang sedap.Dengan cheese leleh yang memang meleleh,tambah lagi rasa nenas yang sedikit masam dan manis,cukup membuatkan pizza ni sangatlah sedap.Kena dengan tekak kita.Kalau setakat 3 slice tu memang biasa untuk saya makan.

Fuhh.Memang sedap.

Thursday, January 30, 2014

Penggemar Tegar Mushroom@Cendawan@Kulat

Assalamualaikum

Hari ni saya dah mula cuti.Tapi anak2 sekolah.Baby Zaim memang sengaja tak nak hantar.Zahin cepat je siap nak pergi sekolah.Cuma kakaknya Ain sengaja lambat2 untuk ke sekolah
Last2 kena tinggal dengan abahnya.Sebabnya dia tau umi cuti hari ni.Dari malam tadi lagi dia cakap dia nak duduk dengan umi.Tolong jaga baby katanya.Betullah sangat.Jaga baby..

Ingatkan umi nak hantar,tapi sebab malas nak mengharung jem pagi2 ni.So,biarlah dia di rumah.Sebelum pergi kerja tadi,suami sempat buat mushroom soup untuk breakfast.Bukan buat pun,beli yang dalam tin tu.

Bab mushroom ni Ain memang minat sangat.Entahlah,turun umi dia rasanya.Kalau saya buat sup pun,saya letak cendawan dia memang akan ratah macam tu je cendawan tu.Masaklah apa2 pun.Asal cendawan memang dia minat.Kadang2 saya buat goreng cendawan untuk breakfast.Pernah juga time teringin,cendawan tiram tu saya buat sayur air untuk diratah.Ain pun join sama.Hihi..bab makan,Ain memang mudah dalam memilih makanan.Memang lebih kurang macam umi,ayam dia kurang sikit.

Bestnya cendawan♥♡♥

Wednesday, January 29, 2014

Bila Suami Masak Stim

Assalamualaikum..

Ni kisah Ahad lepas.Suami saya terlebih rajin.Ikan merah dalam peti ais tu memang dah lama dah.Saya malas nak masak sebab nak kena siang ikan yang besar tu renyah sikit.So, saya cadangkan kat suami masak stim.

Dia lah yang buat semua bahan dan masak.Rajin betul suami saya hari tu.Hari tu je lah.Haha..Dia yang ke Tesco beli barang2.Pendek kata dari siang sampailah ikan tu masak dia lah yang buat..
Saya pula just tolong hidangkan.

Rasa?Wah..memang terangkat habis..Cukup dengan semua rasa.Sebenarnya ikan merah ni pemberian adik saya yang mana suaminya kaki pancing.Dia juga ada bagi ikan bawal sekor.Tapi bawal dah lama dah selamat:)

Sorilah.Persembahan kurang memuaskan.Saya yang potong daun sup dan daun bawang tu kasar2 sampai tak nampak dah rupa ikan.Terima kasih kanda:)

Tuesday, January 28, 2014

Tahniah Hafiz,Juara AJL

Sekalung tahniah buat Hafiz Af sebab menang juara lagu hari Ahad lepas.Saya tak sempat pun tengok.Tapi tv yang tengokkan saya.Rasanya sampai lagu Hazama je kot saya tengok.Lepas tu dah tertidur.

Walau apapun,Hafiz memang layak bergelar juara pun.Dengan suaranya yang memang merdu semulajadi.Bahagiamu deritaku memang layak untuk dinobatkan sebagai juara.Lagu baharu dia dengan Datuk Rossa pun best kan!

Tahniah sekali lagi.

Tolong Ingatkan Aku

Assalamualaikum dan hai..

Teruk betul hari ni.Tadi,masa kawan saya tanya yang saya dah makan ke belum,baru teringat yg saya dah makan.Tapi belum bayar..Haha..Boleh ke macam tu?Terpaksalah saya turun balik ke kantin untuk bayar harga makanan saya pagi tadi.

Petang pula kat klinik,misi tanya kenapa tak datang semalam?Laa..semalam rupanya check up anak saya.Mati2 saya ingat hari ni 28.1..Saya memang dah tak tengok dah kad klinik lepas last time visit sebab selalunya saya tak pernah lupa.Aii macam mana boleh lupa.

Balik klinik singgah burger bakar abang burn kat seksyen 7.Nak suruh fresh balik ingatan.

Hihi.Ada kaitan ke?Rasa macam nak nyanyi lagu Ana Rafali pula Tolong ingatkan aku...Haii..belum masuk 40 tapi dah lupa mengalahkan nenek.

Sunday, January 26, 2014

Pesan Imam Syafie

Pertama Kali

Haii..Buat pertama kali sepanjang hampir 7 tahun bergelar pendidik saya termotivasi untuk menggosok baju sekaligus.Selalunya saya akan gosok sehari sehelai baju.

Tadi hampir sejam setengah saya menggosok 3 pasang baju utk saya sekali dengan tudung.Untuk Suami pun 3 pasang dan untuk Ain 5 pasang.Zahin pula baju cuma ada 2 pasang.Tapi tak pe hari Rabu diorang pakai baju sukan.

Sebenarnya terlebih rajin hari ni sebab sekolah cuma 3 hari saja minggu ni.wow bestnya.Minggu ni saya juga bertugas,sangat tidak suka sebab kena bertolak lebih awal dari biasa.Esok pun ada meeting Kedai Buku.Haissh.Memang sibuk.Cepatlah 3 hari ni berakhir.Saya nak cuti..

Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini..Aminn ya Rabb..

Abangnda

Assalamualaikum..

Lucu pun ada hari ni.Bila umi tanya abangnda kat mana?Tau apa yang saya dapat?Abangnda kat bilik air.Jawapan tu keluar spontan daripada mulut zahin.Hihi.Nak tergelak saya.

Saya selalunya panggil suami abang atau abah.Tapi bila kadang2 suami tak menyahut saya akan panggil abangnda.Lagipun nak suruh nampak beza dengan panggilan untuk zahin yang sekarang pun mula bahasakan diri dia sebagai abang..Abangnda pun abangnda lah.

Mengidam Cempedak Goreng

Assalamualaikum dan hai♥♡♥

Makan apa tengah hari ni?Or maybe petang ni?Kami skip makan tengah hari tadi sebab dah beli kfc makan kat tasik.Paginya kitorang makan nasi berlauk di pasar tani.Saya baru saja lepas menikmati cempedak goreng yang sangat best.Goreng sendiri tau,husband pula buatkan teh o.Memang kena lah.

Entahlah dalam seminggu dua ni asyik terbayangkan cempedak goreng.Memang bila balik sekolah tiap2 petang pun mesti bau macam ada orang goreng cempedak.Bukan di rumah saya lah,rumah jiran.Kalau tak misteri rumah saya tu..hihi.Semalam pun di sekolah tengok ada cempedak.Memang terliur habis.Tapi malu nak minta sebab cempedak tu untuk potluck kawan yang akan berpindah..Kita tak join:( Cikgu2 sesi petang saja.

Hari ni memang target nak cari cempedak fresh la.Nak goreng.Alhamdulillah,kat pasar tani Seksyen 13 ada dijual.Yang dah goreng rm2 untuk 4 ulas.Mahal dah kan?Kalau dulu rm2 dah dapat 10 ulas dah kan!So,saya beli lah sebiji rm5.Bila kupas tadi,elok semua isinya.Dapat lah 11 ulas.Untunglah seringgit..hihi.Rezeki kami suami isteri.Anak2 tak makan.Cuma suami cakap tak cukup.Sikit sangat.Next time kita beli dua biji yea bang!

Friday, January 24, 2014

Cuaca yang Sejuk Melampau

Patutlah dalam seminggu ni macam nak demam.Actually dah demam dah..Subhanallah(Maha Suci Allah yang menciptakanNya)

Saturday, January 18, 2014

Terima Kasih Poliklinik Hidayah

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua..Mungkin ramai yang tengah bercuti sekarang ni termasuklah saya dan keluarga.Kami sekeluarga bercuti di Durian Tunggal,Melaka.

Bertolak dari Shah Alam pukul 9.30 pagi dan kami sampai ke Melaka lebih kurang pukul 11.00 pagi.Baby Zaim demam la pulak bila sampai di Melaka ditambah dengan selesema lagi.

Adik ipar cadangkan supaya kami ke klinik Pakar kanak2 di Batu Berendam.Sampai di sana,klinik tutup.Jadi,kami terus ke Poliklinik Hidayah yang berada berdekatan dengan klinik pakar tersebut.Kami sampai 5 minit pukul 2.00 petang.Pembantu klinik minta kami tunggu sehingga pukul 3.00.Saya minta untuk register dahulu sebab kalau balik,lambatlah kami akan sampai nanti.

15 minit kemudian,kedengaran nama Zaim dipanggil.Eh,belum pukul 3.00 lagi!Mungkin dia tengok kami sabar menunggu kot.Kat dalam bilik doktor,kami disambut oleh seorang doktor lelaki.Saya agak usia dia lewat 40an.Yang bagusnya doktor ni dia cakap anak saya ni gentleman dan sangat hebat walaupun demam dia agak tinggi.38.3°c..

Tak pernah dengar lagi seorang doktor lelaki memuji patient kecik macam zaim ni.Beberapa kali diulang Zaim ni seorang yang hebat dan doktor tu cakap kerjasama yang zaim berikan juga cukup hebat.Aminn..semoga Zaim betul2 menjadi pemimpin yang hebat.

Kalau diikutkan doktor tu nampak sangat tegas dan garang.Tapi,alhamdulillah,dia melayan kami dengan baik.Terima kasih Poliklinik Hidayah.Semoga Zaim cepat sembuh!

Friday, January 17, 2014

Tudung Bawal Aidijuma untuk Dijual

Assalamualaikum dan hai..♥♡♥

Saya ada dua helai tudung Aj.Satu leaf yang macam juma pakai dan satu lagi blue circle.Kalau ada yang berminat,email saya ok:)
zillaramli@yahoo.com

Cara Menggoreng Mee / Bihun yang Mudah dan Cepat Serta Sedap

Assalamualaikum dah hai you alls..

Salam Jumaat yang penuh barakah ini.Dah sarapan belum?Untuk diri saya dan keluarga, kami baru saja bersarapan dengan bihun goreng dan keropok goreng.Boleh lah kan..
 
Sebenarnya dah lama teringin nak share cara goreng bihun yang cepat dan mudah.Semudah 1,2,3.Over tauu..;)Saya rasa mungkin ramai yang masak macam saya ni.Mungkin ada juga yang tak tahu.Nak share sebab kesian sangat tengok ibu-ibu yang berkerjaya macam kita semua ni.Mana nak masak,mana nak buat kerja,nak jaga anak dan macam2 lagilah.Sebab tu masa masak kena cepat.
 
Berbalik kepada topik asal,ok,anda hanya perlukan 5 ulas bawang putih dan 2-3 biji cili api sahaja.Bergantung kepada banyak mana mee atau bihun yang dimasak.Lepastu,kupas bawang,basuh dan tumbuk bersama cili.Tadaa,siap.Bolehlah anda mula menggoreng mee,bihun,kue teow atau apa saja yang anda nak goreng.Cepat bukan. Masa goreng tu,tambahkan cili sos untuk lebih pedas,kicap dan sos tomato.Masak macam biasa saja.
 
Saya memang dah lama tak pakai cili boh atau lada kering dalam bihun atau mee goreng.Kalau setakat satu bungkus untuk family kita memang tak payah pakai lada kering atau cili boh.Lambat..Saya dan keluarga memang guna cara ni sejak turun-temurun lagi.Cubalah..
Inilah hasilnya.(sorry,tak ada sayur)tomato pun jadilah yea..

Thursday, January 16, 2014

Cerita Kami di 12 Rabiul Awal 1435H

Assalamualaikum dan hai..

Baru lepas key in APDM.Terhegeh-hegeh betul.Orang lain semua dah siap dah kan?Alhamdulillah.Better late than never.Hihi..

Sebenarnya nak share kisah semalam saya.Cerita cuti saya yang tak menjadi.Lain yang dirancang lain yang jadi.Asalnya, saya nak bawa anak sulung saya, Ain Insyirah ke Stadium Malawati untuk tengok perarakan Maulidur Rasul.Memang dah bangun pagi, gosok baju awal2 pagi lagi.Tapi, last2 semua tak jadi.Memang dah sampai dah dekat dengan orang yang berarak,lepas tu Zahin,anak ke-2 saya pun nak join juga.Ee,malaslah nak angkut semua.Diorang semangat betul.Zahin pun tunjuk bakat dia yang dah pandai selawat.Konon nak pujuk umi suruh bawa dia juga.Tak jadi, saya dan Ain masuk balik kereta dan kami tengok sekejap orang berarak.Oklah, diorang faham lah sikit2 tentang berarak tu..

Habis tentang berarak, perut pula lapar.Suami ajak kami ke Nasi Lemak Cinta Sayang.Memang dekat pun dengan stadium.Lepas makan nasi lemak,anak2 pula makan roti canai,kami singgah ke Hero sekejap.Beli barang2 dapur yang dah habis.Lepastu,tengok jam,baru 10.30 pagi.Suami ajak ke Masjid Seksyen 13, Shah Alam.Masjid baharu ni.Baru setahun diguna pakai.Lebih kuranglah yea;)
Suami nak solat sunat dhuha kat masjid.Jadi, kami anak beranak pusing-pusing dulu kat masjid ni.Wow,memang luas.Memang best.Tanpa sebarang air cond,ala-ala resort gitu..Rumah Allah,terasa aura positif dalam diri.

Cantik kan!Sesejuk mata memandang.

Bunga-bunga cinta

Kami juga sempat mengambil gambar posing di hadapan pintu masuk.Kalau perasan,kat belakang kami ada kolam air pancut.Mengikut suami,kalau malam,memang sangatlah cantik kolam tu.
Dua beradik tengah excited nak naik ke tingkat atas,tempat solat wanita.
                                                                    Ruang solat lelaki.
 


                             Lorong pejalan kaki yang berkonsepkan moden.
         Nak buat rumah macam ni lah juga.Baru tak stress.Setiap hari rasa macam di pusat peranginan.

Tadaa..Inilah gambar posing anak beranak.Memakai tudung soyellow dari AJ..Sangat kuning tau!!
Sekian saja berlintas langsung dari masjid.Petang pula, kami ke rumah abang saya di Lancong Heights,konon..Nak suruh nampak urban sket,kata kakak ipar saya.Kami kat sana untuk sambut birthday baby Nuha yang pertama.Sehingga itu, sekian..







Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Jom selawat..
Allah humma solli ala saiyidina muhammad,waala alihi saiyidina muhammad.
Semoga kita semua mendapat syafaatnya.
Aminn..

Monday, January 13, 2014

Resepi Sotong Rebus Serai

Assalamualaikum dan hai...

Terkejut tak tengok sotong ni??Siap dengan telur sotong lagi tu.Nampak tak?

Muahaha.tak yahlah nak resepi sangat kan!Sebenarnya inilah resepi yang paling mudah dalam dunia yang saya ingin kongsikan. Buatnya sangatlah mudah semudah A,B,C.Sesuai sangat untuk mereka yang baru belajar masak dan baru kahwin, dan tak tau nak masak apa.Sebenarnya resepi ni akan keluar bila saya terlebih "rajin".

Sejujurnya aku gila...mengulang kembali lagu cinta kita..(Sambunglah sendiri yea)
Ok, sebelum saya merapu,sebenarnya, secara jujurnya, saya memang tak pandai masak sotong selain buat ketupat sotong.Ataupun saya akan potong sotong kecik2 letak dalam mee atau sayur.Rasanya ni pun pengaruh bonda saya juga.Macam bukan macam lauk kalau makan sotong sebagai lauk.Faham tak?Hihi..Untuk entri ketupat sotong,kita tunggu puasa yea!!

Berbalik kepada resepi ini, bersihkan sotong.Buangkan gigi sotong(alah,yang bahagian tengah kaki tu).Buangkan juga darah hitam sotong tu.Selepas tu, masukkan dalam periuk.Dua batang serai dititik,masukkan sedikit air,bawang putih dititik,sedikit garam dan gula.Masukkan juga sekeping asam keping.Bila dah mula menggelegak, perlahankan api dan tunggu sebentar.Kemudian, bolehlah ditutup api dan dihidangkan.Sangat mudah bukan.Lagi mudah dari memasak maggi:)Bolehlah kita jadikan sebagai hidangan sampingan..

Selamat mencuba!!

Resepi Ikan Cencaru sumbat

Assalamualaikum dan hai..

Ini kisah semalam sebenarnya. Semalam saya terlebih rajin.Masakkan ikan cencaru sumbat ni. Sebenarnya sudah tiga minggu bertangguh nak makan ikan cencaru. Akhirnya semalam baru tercapai hajat.Muahaha..Terima kasih suamiku yang sudi membelikan ikan ini untuk isterimu ini.Belinya kat pasar tani satdium Shah Alam.Segar-segar ikannya.Yang mencetuskan idea saya untuk buat cencaru sumbat ni sebabnya limau nipis bekalan bonda dari kampung masih ada lagi walaupun kulitnya hampir bertukar kuning.Tapi jusnya tetap banyak lagi dan tidak mengecewakan tekak  sesiapa yang memakannya.Ewah..

Berbalik kepada resepinya,saya gunakan:

  1. ikan cencaru:) (yang dah dibelah belakang)-suruh je orang jual ikan tu siang dan belah belakangnya.Kalau tak susah kita nanti.
  2. bawang merah-lebih kurang 10 biji,bergantung kepada banyaknya ikan
  3. sedikit halia.
  4. cili padi-saya selalu anggarkan 2 biji untuk seekor ikan(ni pun terpulang,sapa yang nak pedas boleh perbanyakkan lagi)saya tak suka sangat pedas,so kadar cili tu cukuplah untuk saya.Nantikan habis keluar air hidung dan mulut pula:)
  5. sedikit belacan(ni lah senjata rahsianya)-ni pun terpulang.orang yang alah akan belacan takyahlah letak belacan.Memang jiran-jiran pun akan bersin bila saya start goreng ikan ni.Maklumlah bau belacan menusuk jiwa.Barulah kick!!
  6. sedikit jus perahan limau nipis.(anggaran dalam sebiji/atau dua biji)
  7. sedikit gula dan garam
Cara memasaknya:
  • Setelah ikan cencaru dibersihkan, tumbuklah semua bahan-bahan yang saya nyatakan di atas dengan menggunakan lesung batu hikmat.Memang mudah.(ikan cencaru jangan tumbuk tau)
  • bahan no.5 dan 6 tu letakkan last sekali.Try sedikit dengan lidah.Seimbangkan rasa masam, masin dan sedikit manis.
  • tadaa..siap..memang best.Percayalah saya..
  • lupa pulak, lepas tu,dengan menggunakan sudu,masukkanlah sedikit demi sedikit bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam ikan.
  • inilah hasilnya .Anda boleh pilih samada untuk goreng atau bakarnya.Kalau goreng, make sure api kena tahap paling kecik.Sebabnya,kalau api besar,isi tak masak,kulit dulu yang hangus..
Ni pun one of my favourite recipe tambah-tambah lagi menjelangnya Ramadhan.Resepi dari bonda tercinta juga..Selamat Mencuba..

Inilah ikan yang dah siap disumbat



Sunday, January 12, 2014

Selebriti Jelita Paling Kaya

Assalamualaikum dan hai jelita..

Selamat berhujung minggu semua.Belek2 surat khabar Metro Ahad hari ni saya nak share sikit tentang 5 orang jelitawan yang paling kaya di Malaysia saya kira.Sebabnya paper tak mention pun kat mana,Malaysia ke,Asia ke atau dunia.

1)Yuna Zarai-27 tahun
-pendapatan rm 5juta setahun

2)Shila Amzah-23 tahun
-pendapatan rm 2.5 juta setahun

3)Soo Wincci-28 tahun
-pendapatan 1.5 juta setahun

4)Neelofa dan Najwa Latif
-1 juta setahun..

Ok.Sekian..Kita agak2 berapa yea setahun?

Saturday, January 11, 2014

Sekadar Renungan

Anugerah itu suatu ujian,
Amanah itu suatu tuntutan♥♡♥

Selamat berhujung minggu
With Love,

Adinda...hehe

Friday, January 10, 2014

Seminggu di The Little Caliphs

Assalamualaikum and hi..

Genap seminggu hari ni Zahin di Little Caliphs.Sepanjang seminggu ni belum ada lagilah aksi-aksi yang tidak diingini.Harapnya berkekalan sampai ke akhirnya.Lagipun masa saya transitkan dia minggu meeting di sekolah tu pun, dia dah tak nak ke taska,nak ke sekolah kakak katanya.Dua hari juga dia di tadika.

Secara betulnya Zahin dan kakaknya,Ain bersekolah pada 6.01.2014.Orang lain mungkin awal lagi kan!Seronok sangat masa dia nak ke sekolah tu.Sehari sebelum,dia dah cuba baju sekolah.Tak nak buka dah,konon excited sangat.

Bekal pertama yang umi sediakan untuk khalifah kecil umi:)
Pagi 6 haribulan tu, Zahin bangun pukul 4.00 pagi lagi.Tak boleh tidur agaknya.Umi pun sama juga.Dia bangun teman umi iron baju.Tengok dia semangat begitu sekali, saya pun goreng kan dia dan kakak mee untuk dibawa ke sekolah sebagai bekal.Suami pula potong limau sunkist untuk mereka berdua.Baby pun bawa bekal yang sama hari tu.:)

Urusan menghantar ke dua-dua khalifah kecil saya pada hari tu memang dah diserahkan pada abahnya.Memang macam biasalah.Saya yang akan ambil diorang berdua.Memang best bila dengar kedua-dua anak kecil ni bercerita tentang hari pertama mereka.Zahin cerita yang dia tak pandai nak goyang.Mungkin teacher ambil pendekatan mudah mengajar dia menyanyi dan menari untuk hari pertama.Masa hari seterusnya pula, dia ada nyanyikan lagu erti alfatihah by voice of ummi.Memang dulu lagu ni kakak Ain dah hafal dah sebab saya selalu pasang.Masa tu, teacher terkejut sebab bila disuruh nyanyi,Ain dah boleh nyanyi dan hafal dah lagu tu.Alhamdulillah.

Zahin dan kakaknya Ain
Semalam pula, Zahin tunjukkan saya kerja dia yang pertama kot.Entahlah,mungkin kerja pertama yang dibawa balik.Pinggan polisterin yang diwarnakan dengan macam-macam warna.Oklah, dia boleh warna walaupun comot-comot hasilnya.Semoga dipermudahkan oleh Allah untuk anak-anak saya dalam menuntut ilmu.Aminn..

Jumaat yang Penuh Barakah

ASSALAMUALAIKUM DAN HAI..

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Hari ni pula penghulu segala hari.Perbanyakkanlah amalan sunat pada hari ini. In syaa Allah besar pahalanya walaupun benda yang kita buat tu nampak kecil seperti memotong kuku dan memakai wangian.Saya update blog ni pun sementara tunggu suami balik dari masjid.Kami dating berdua lepas ni.Hihi.. 
 
Pagi tadi, awal-awal pagi perjalanan saya hari ni sangat lancar.Lapan traffic light tu semua hijau.Sebenarnya tujuh,yang ke-8 tu sempat saya tekan pedal walaupun dah bertukar merah.Lancar bukan!Sebenarnya ada hari juga kelancaran perjalanan kita ni.Ada hari semuanya merah saja. Tension betul!Tapi ingat,semuanya telah diaturkanNya.Sama juga dengan hidup kita.

Hari ni dapat jadual baharu.28 waktu.Amik kau!!Penuh sangat dengan waktu Sejarah.Tapi tak apalah anggaplah ia hikmah di sebaliknya.Saya terimanya dengan penuh hikmah;)
 
Pagi2 lagi sekolah kami adakan bacaan yassin.Memang setiap jumaat pada tahun ini, bacaan yassin diadakan untuk semua tingkatan.Pelajar moral pula ada sesi ceramah.Objektifnya tak lain tak bukan untuk menjadikan student2 kita lebih menjadi.
 
 
Pelajar-pelajar khusyuk menadah tangan selepas bacaan yassin
 
Lepas bacaan yassin, kami semua guru dan murid berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w yang kebetulan ini adalah bulan Rabiulawal, bulan kelahiran baginda.Nak menitis air mata saya dengar selawat. Pagi tadi,dalam radio ikim pun ada dipasangkan  selawat ke atas Nabi.Ya, saya sangat merinduinya;( Semoga kita semua beroleh syafaatnya di akhirat kelak..Aminn..
 
 
Cikgu dan kaunselor

Thursday, January 9, 2014

5 malam tanpa nasi

Assalamualaikum..

Akhirnya berjaya juga mengawal nafsu makan nasi pada waktu malam.Lima hari tu.Huhu,bagi saya ia bukan mudah buat penggemar nasi ni.Jadi,memang saya tahan diri untuk memasak nasi pada waktu malam.Saya masak yang simple2 saja seperti spageti,makaroni,mee kuah,bihun sup dan makan roti untuk kelima2 malam.Haha..nampaknya berjaya.Anak2 senang makan.Lagipun anak2 saya suka western.Ikut abahnya.

Malam ni nampak gayanya kena makan nasi lah.Tak tertanggung rasanya tengok botol budu di dapur.Macam manalah orang yang tak makan nasi setahun,2 tahun..Memang disiplin betul2 kena kuat.

Hari ni di sekolah start agm kokurikulum.Tahun pertama saya pegang jawatan ketua KRS.Tengok kehadiran tadi,penuh dewan.Tak tahulah nanti macam mana.Semoga saya berjaya dengan persatuan baharu ni.Aminn.Doakan saya yea♥♡♥

Tuesday, January 7, 2014

Hari Geram Sedunia

Grrr..HHaha..tak ada salam dan ucapan.memang geram sangat hari ni.
Kes 1
Tadi ambil anak kat taska,pekerja taska cakap duit saya bayar semalam tak cukup rm50..Eh,biar betul mak cik tu!Rm 525 saya bayar.Rm300 utk baby bulan 1. Rm 225 lagi untuk ot bulan 12.So,total semua Rm525.Haih..geram betul.Esok nak kena confirm dengan mak cik tu.

Kes 2
Masa sampai rumah lebih kurang 3.45 petang,nak luruh jantung saya bila bau gas di dapur.Dahlah baru dengar ladap kebakaran.Wanauzubillah..Suami saya masak air dari pagi tadi lupa nak tutup.Bayangkan berapa jam dah tu.Dia pula lupa tutup muncung cerek,memang tak bunyi la.Nasib baik tak cair cerek tu.Terus call dia..Ni bukan geram dah,siap bagi peluru bertubi-tubi..Haih..

Memang geram sangat..

Sunday, January 5, 2014

Bestnya Shopping di Giant

Assalamualaikum dan hai♥♡♥

Semalam Tesco,hari ni Giant.Adillah kan!Selalunya rutin mingguan kami ke Pasar Karat Stadium Shah Alam pada pagi Ahad.Tapi pagi tadi tukar angin pula.Ingatkan nak membeli-belah di pasar,memandangkan lautan manusia di pasar,kami beralih arah ke Giant.

Kalau diikutkan dah lama sangat saya tak ke Giant Stadium Shah Alam.Mula2 masuk macam rusa masuk kampung.Darak sungguh.Semua dah tukar tempat.Selalunya barang letrik kat deoan,tapi sekaranh dipenuji baju2 yang pelbagai.Pandai juga yea pengurusan baru ni.

Tak payahlah cerita pasal kedudukan barang,anda rasailah sendiri bila ke sana.Yang saya suka ialah bila sewa stroller di depan pintu masuk iaitu bahagian khidmat pelanggan.Memang memudahkan bagi kami yang mempunyai 3 anak.Dua orang dah boleh muat dalam stroller dah.Sangat memudahkan.

Apa yang paling saya terkejut dan terharu pula,masa pulangkan stroller setelah urusan jual beli selesai.Saya dah buka purse dah.Tapi,jurujual tu minta saya sain dan dia pulangkan balik lesen memandu saya tanda dah pulangkan.Ingatkan dia nak minta duit.Mudah bukan!Tak yah bayar.Laa..ingatkan bayar.Rasanya kalau tempat lain,mau rm12 dah tu:)Pandai2 je..

Lepas tu,di belakang saya siap ada yang tanya2 lagi"akak dah ke?"hihi..Maksudnya memang berebut stroller tu untuk diguna pakai.Lagipun ramai yang bawa anak kecil.Memang berbaloi-baloi.Ok la,lepas ni kalau bawa anak2 kecil nak shopping di Giant lagilah!Memang terbaik!!

Selamat berhujung minggu♥♡♥

Setelah 14 bulan

Assalamualaikum..

Tadi selepas habis ladap di sekolah,saya terus bergegas ke Tesco.(tak yah nak bergegas sangatla,biasa2 je..hihi).Niat di hati nak ambil spek kat Focus Point.Spek saya ni memang jena sangat ganti.Maklumlah usianya memang dah lama.Buat spek tu masa saya menyewa dan anak seorang,hari ni anak dah 3.So,memang kena tukarlah.Spek suami dah beberapa kali tukar dah.Saya selalu pakai spek masa drive.Dalam kelas buat2 nampak saja.Ingat kali ni memang nak pakai berterusanlah.:)

Lepas ambil spek tu,saya merayau2 berseorangan.Nampak laksa pinang,apalagi terus order.Maklumlah dah 14 bulan tak makan laksa.Saya memang jaga pantang bila bab laksa ni sebab mak saya cakap setahun selepas bersalin baru boleh makan laksa.Takut sakit sakit urat.Akhirnya,baby Zaim hari ni dah 14 bulan 11 hari,baru saya beranikan diri makan laksa.

Jalan2 lagi.Nampak satu kedai,saja masuk.Manalah tahu ada yang berkenan di hati.Sombong kemain budak yang menjual kat situ.Terus angkat kaki,singgah kat kiosk yang jual brooch kain.Haha..beli 5 kuntum dapat Rm10:)

So,habislah duit bonus bulan ni untuk spek dan selebihnya untuk belanja sehari-harian.Sekejap saja kan duit kalau nak habis!Nak dapat susah..

Saturday, January 4, 2014

Ladap Mentor Mentee dan kebakaran

Assalamualaikum dan hai..

Baru 2 hari sekolah,dah ada ladap dah.Hari ni ladap mentor mentee dan kebakaran.Memang sibuk betul.Dan kami akan bersekolah 3 kali pada hari Sabtu.Huhu..

Haihh..Memang tak bersedia lagi.Tapi nak buat macam mana,saya yang menurut perintah.Dengar sajalah walaupun mengantuk.

Kepada rakan2 guru selamat bertugas dan semoga tahun ni lebih hebat dari tahun sebelumnya.

Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum dan hai♥♡♥

Nak tulis juga entri di tahun baru 2014.Saya doakan semoga perjalanan hidup kita diberkati Allah s.w.t. seiring dengan pertambahan usia kita.Aminn.Untuk suami saya,moga dikekalkan iman dan moga rezeki keluarga kita dimurahkan dan bahagia dunia akhirat.Buat cinta hati umi,semoga anak2 umi membesar jadi anak yang soleh dan solehah.Bahagia dunia akhirat dan dipermudahkan dalam menimba ilmu pengetahuan.aminn.

Untuk pembaca blog ini,hehe..Happy New Year Everyone.May Allah ease us!!