Google+ Followers

Tuesday, December 17, 2013

Resepi Kerabu Mangga

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama tak buat kerabu mangga dan tak makan kerabu mangga versi Kelantan.Kalau Siam punya versi lagi senang bukan?Dan senang didapati di Lembah Kelang.Sebab masih lagi di kampung dan mangga muda yang lebih selepas makan colek kelmarin,saya pun cadangkan kepada emak saya untuk dibuat kerabu.Mula2 masa saya buat tu mak cakap banyak sangat tu,tapi bila dah siap sedang elok je.Nak bagi jiran pun tak cukup.Anak2 suka,abah saya siap tanya lagi siapa yang bagi.Haha..Sebab sedap sangat kot ataupun mungkin dah terlalu lama tak buat kerabu.Masa kecik2 dulu sayalah dalam famili yang selalu disuruh emak untuk membuat kerabu.Arwah atuk saya pun sama.Sebab tu kalau makan kerabu mesti teringat kat atuk saya.So,tak sia2 lah saya mendalami ilmu membuat kerabu.

Bahan2:
-kelapa digoreng sehingga kekuningan
-bawang merah -3 ulas(ditumbuk)
-serai ditumbuk
-lada hitam ditumbuk
-3 ekor ikan rebus(selalunya ikan sardin)..dibuang tulang dan ditumbuk
-sedikit santan
-budu(optional)
-garam dan gula
-asam limau
-mangga muda dicincang
-potongan cili
-daun kesum

Cara membuat
-setelah kelapa digoreng,tumbuk semua bhn yang perlu ditumbuk dan gaul sekali dengan mangga yang dicincang.masukkan budu,garam dan gula.Sedikit perahan santan untuk nampak sedikit basah.
-hiris sedikit daun kesum untuk menambah rasa
-last sekali hiris limau nipis untuk diambil jusnya.
-hiris cili untuk menambah rasa sedikit pedas.
-kemudian bolehlah dihidangkan.♥♥♥
SELAMAT MENCUBA

4 comments:

  1. Wah..nampak sedap tu. Tak pernah lagi buat sdiri kerabu mangga ada kelapa ni..mesti sedap sangat t.. lain kali leh cuba pulok stail ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla..sama mcm kerabu daun lain..ni hok basah.

      Delete
  2. tak pernah jumpa kerabu mangga ada kelapa
    br tahu ada versi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla sal:)tapi renyah sikit compare dgn yg biasa tu

      Delete