Google+ Followers

Monday, December 23, 2013

Legoland, Malaysia 2013(21.12.2013)

Assalamualaikum..

Pada 21.12.2013, kami sekeluarga bercuti ke LEGOLAND, Malaysia.Kami bertolak pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum dan bermalam di Tune Hotel, Danga Bay.Pagi-pagi lagi selepas menikmati sarapan di Kopitiam,iaitu lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami terus menuju ke LEGOLAND. Yeyy..Dalam setengah jam, kami nampak signboard LEGOLAND, dan betullah kami menuju ke tempat yang betul.Mula-mula tu kami tersilap masuk ke ofis operasi, kemudian suami buat pusingan U dan akhirnya barulah sampai. Ingatkan kami saja yang tersilap ke ofis operasi, rupa-rupanya ada 5 buah lagi kereta yang turut tersilap. Biasalah, tempat asing bagi kami.

Yang paling seronok hari tu tentulah anak-anak saya, Ain dan Zahin.Asal saja ada iklan tentang LEGOLAND, mesti diorang akan tanya bila kita akan datang ke sini.Nah, akhirnya tercapai jua permintaan kakak dan abang.Alhamdulillah.Kami sampai ke sana dalam pukul 10 pagi. Pada masa tu, hujan rintik-rintik manja membasahi bumi Johor. Nasib baik bawa payung dan suami bawa backpack.Dapatlah kami berpayung seketika. Apalagi, terus saja kami mengambil gambar trademark LEGOLAND di hadapan pintu masuk. Tak sah kan, kalau datang tak ambil gambar kat papan tanda tersebut.Masa tengah sibuk-sibuk ambil gambar, saya disapa oleh seorang remaja lelaki.Laa, murid Tingkatan 5 sekolah saya, Safwan namanya. Entahlah, apa jodoh saya dengan dia.Dulu, masa teman suami solat di Masjid di Bangi pun jumpa dia.Alahai,kecilnya dunia.Kat Ujong Tanah pun jumpa dia juga.
Muka excited umi dan anak-anak


Bila kaki melangkah masuk ke dalam, kami menyewa stroller untuk angkut anak-anak.In case, ada yang kepenatan dan sebagainya.Stroller ni sangat membantu, sebabnya mula-mula baby Zaim yang duduk dalam tu, kemudian Ain.Zahin saja yang tahan berjalan beribu-ribu batu.Harga stroller rm30 untuk single dan rm45 untuk double.Kami ambil yang single saja.
 
 
Permainan kami yang pertama ialah,saya pun lupa..Alah, yang ni biasa-biasa saja, sesi pemanasan katanya.Saya pernah main benda alah ni masa dekat sunway Lagoon.Duduk dan berpusing-pusing tu. Permainan ni nakkan ketinggian 120cm, jadi Zahin tak dapat main. Hanya saya dan Ain saja.Jadi, kepada yang memang teringin naak dating, make sure ketinggian anak lebih kurang 100 cm.Kalau tak, banyak yang diorang tak dapat main.Antara lain lagi permainan yang wajib korang semua cuba bila datang ke LEGOLAND ialah:
 
a)The Dragon
-Permainan ni sebijik macam roller coster.The Dragon ni sebab bentuk dia macam anak naga. Track dia pun tak panjang sangat.Tapi cukuplah untuk meluruhkan jantung saya.Yang ni saya, Ain dan Zahin semua boleh main.Hanya suami yang tak main sebab jaga baby.Mula-mula saya ingatkan anak-anak saya ketakutan, tetapi bila tanyakan diorang, kakak takut sikit je.Zahin pun takut sikit je.Umi yang terlebih takut.Bagi orang dewasa, saya cadangkan pergilah ke The Haunted Dragon.Memang lagi ekstrem dengan track yang lebih panjang.Diorang siap ambil gambar candid, pastu kita bayar.Kalau tak nak pun tak apa, rm 30 bayarannya.  Bolehlah, sekali saja kan.
 
b)The Land of Adventure
-Yang ni memang semua pun kena cuba.Siap basah-basah lagi.Alah, dalam iklan pun selalu tunjuk.Yang masuk dalam mulut naga, kemudia dihempaskan kita dengan ketinggian yang sangat tinggi.Sekali lagi jantung saya luruh. Huhu.Ain minta untuk main kali ke dua.Zahin pula tak dapat main, mengamuk dia. Terpaksalah suami habiskan rm40 untuk memujuknya dengan membelikan pedang.Jangan risau bila baju anda basah, sebab ada disediakan body drier dengan dikenakan caj rm10.Saya tak keringkan pun.
 
c)Tengok Wayang 4D
-Sebenarnya saya tak inagt apa namanya.Cuma kita kena beratur panjang sangat untuk menonton wayang 4D ini.Tayangan selama 25 minit ini memang best.Lagipun, saya yang tak pernah menonton cerita 4D ini memang rasa sangat jakun.Sempat juga saya menyusukan baby kat dalam panggung wayang ni.Best sangat sebab siap basah-basah baju kita.Memang effect 4D tu menjadi.Ain pula macam nak tangkap batu-batu yang dibaling tu.
 
d)Observations Tower
-Menara ni pun menyumbangkan ramai yang beratur untuk menyertainya sebab semua orang boleh join termasuk baby.Dari atas menara ni, kita dapat melihat pemandangan LEGOLAND dan bandaraya JB juga.
 
e)Miniland
-Miniland ni cukup menakjubkan.Di sinilah kita melihat ciptaan-ciptaan genius menggunakan lego.Macam-macam monument yang ada. Yang paling best bila ke mercu tanda Singapura tu, Singa yang keluar air tu.Bila kita tekan butang kat luar tu,air tu akan menghala ke arah kita. Sangat lucu dan comel.Baby pun boleh cuba.Taj Mahal,Putrajaya,KLCC, Bandar Vietnam dan lain-lain semuanya ada di sini.
 
Lagi, banyak lagi tempat yang korang semua kena cuba.Malas dah nak tulis sebab terlalu banyak.Seharian kami di LEGOLAND rasanya tak cukup.Untuk pengunjung wanita, saya nasihatkan jangan bawa handbag dan hendaklah berkasut.Serahkan saja semua barang berharga kepada suami untuk diletakkan dalam backpack.Alhamdulillah, dengan cuaca yang sangat baik semalam,cukup berbaloi bayaran rm110 untuk dewasa dan rm90 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.Tentang makanan, jangan risau sebab banyak makanan yang mudah didapati.Ada Pizza Mania lagi.Sambil-sambil makan, diorang turut menghiburkan anda.
 
In Shaa Allah, jika ada rezeki lagi, kami akan datang lagi ke LEGOLAND ini,bro.(sekadar meminjam kata-kata Shaheizy Sam).Kitorang jumpa Sam juga.Sporting sangat orangnya.Patutlah menang pelakon popular.Sehingga itu,bye-bye,jumpa lagi LEGOLAND.In Shaa Allah, nak ke Hello Kitty Town dan Water Park pula.Anak-anak memang sangat happy.Rasanya ada dalam 10 kali Ain cakap LEGOLAND ni memang best!!Wallahua'lam..
 





6 comments:

  1. Wah..seronok nampaknya pengalaman bercuti di legoland ni.. bolehla kami pun pergi lain kali nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat.ni pun hello kitty town tak g lagi

      Delete
  2. Replies
    1. hai..salam kenal..jom jom..best sangat!

      Delete
  3. waaa bagus ni siap ada keterangan bg setiap permainan lg

    ReplyDelete