Google+ Followers

Wednesday, December 4, 2013

Hujan dan Lapar Berpisah Tiada(Putu Halba)

Assalamualaikum..

Sekarang ni semua sedia maklum yang Kuantan dan Terengganu sedang lumpuh akibat banjir yang melanda pantai timur.Di Kelantan,hari ni nampaknya hujan mula mengganas.Dari pagi tadi sehinggalah saat entri ni ditulis,hujan masih belum berhenti walaupun sekejap lebat sekejap berhenti.

Biasanya bila musim hujan macam ni,kami di kampung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis ubi.Ubi kayu,keledek,ubi keling,ubi badak dan macam2 lagilah.Dimasak dengan pelbagai resepi.
Kalau ikan pula,biasanya ikan puyu,ikan keli,sepat dan haruan menjadi pilihan kerana kaum bapa terutamabya akan menahan pukat.Ada juga yang menjual ikan tu sebagai punca rezeki.Syukur.Rezeki Allah tak pernah putus.

Putu halba juga sering menjadi pilihan orang ramai bila musim banjir.Di tepi2 jalan,akan kelihatan ramai penjual putu halba.Kalau di kampung saya dijual dengan harga rm2 iaiti 5 kwping.Putu halba ni dibuat daripada ubi kayu dan dikukus dan dibalut dalam kain tuala kecil.Dalam setiap putu tu diletakkan gula nisan.Makan dengan kelapa yang digaul garam dan sedikit gula.

Oklah..Tak pandai saya nak explain.Meh kita tengok imej putu halba yang seksi ni.Tapi sedap.♥♥♥

2 comments:

  1. tak pernah lg mkn putu halba ni. kat bachok takde kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..Tu kena tanya kak ma..Ore pun tak sure..Mai la jalan kat Ketereh.Pasir Mas pun banyak ni.

      Delete