Google+ Followers

Tuesday, December 10, 2013

BB Cream

Assalamualaikum..

Saya dah lama dah tak pakai compact powder.Rasanya dah setahun dah.Nasib baik ada BB Cream.Jimat belanja.Brand yang saya pakai tentulah yang jimat dan murah iaitu Maybelline.

Saya rasa krim ni sangat sesuai dengan kulit saya.Guna sikit saja,5 tompok kecik dan sapu membuatkan kita seolah-olah pakai bedak 3 lapis.Macam jurumekap profesional.Hihi..Memang berkesan untuk menutup cela di wajah.Krim ni pun tidak berminyak.Dulu pernah pakai jenama lain,macam shining like a diamond sangat.Akhirnya bertemu dengan maybelline.Tu pun selepas dapat sample free masa di sekolah..Harga saya lupalah.Kalau pakai sorang rasanya tahan sampai 2 bulan untuk pek yang sedang tu.

Saya tak pasti betul ke tidak fakta ini.Orang kata pemakaian bedak boleh menyebabkan muka senang ditumbuhi jeragat.Betul ke tidak saya tak pasti.Yang saya tahu saya suka pakai bb cream ni kerana orang akan anggap kita pakai bedak walhal tidak.Satu lagi cepat dan jimat.Selamat menggunakan bb cream.Nanti nak try cc cream la pula..♥♥

7 comments:

  1. Wah...baguslah tu...patutla comel sentiasa cik zilla ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa plok..Cik AN kita ni lagi up to date..pakai cc cream

      Delete
  2. Bagus jika BB cream macam ni. Boleh guna juga macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM:aah..memang bagus pun bagi pendapat saya lah.salam kenal.:)

      Delete
  3. wah ada bb, ada cc, macam2 ya. waaa malunyaa sy tak kenal pon... pergi skolah kadang2 bedak pon tak pakai. nasib baik tak lupa pakai odorono. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sal,hahhha...tu la..tak dan nak ikut..odorono!ingat lagi pasal odorono tu..

      Delete