Google+ Followers

Tuesday, December 31, 2013

Bukit Cahaya Seri Alam(Bukit Cerakah)

Assalamualaikum..

Cuti hujung minggu yang lepas,kami ke Bukit Cerakah,Shah Alam.Niat dari tahun lepas lagi nak pergi,tapi masa tu masih dalam renovation.Sedang elok juga,ni kan musim sejuk kat rumah empat musim.Bolehlah bawa anak2 tengok salji.
Sampai bulan 2 musim sejuk ni.Tiket masuk ke Bt Cerakah ialah rm3..nak masuk rumah empat musim pun rm3 untuk dewasa.Kanak2 bawah 5 tahun percuma.Ok lah,biarlah gambar berbicara.

Monday, December 30, 2013

Amalkanlah Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum..

Rasa nak sangat berkongsi tentang ayat seribu dinar ni atau setengah orang panggil ayat wa man yattaqillah..Saya amalkan ayat ni tak silap saya masa di Tingkatan 3.Masa tu cikgu Sains saya yang sering ajarkan.Cikgu Ruhani Hussin namanyaq..oh..i miss you cikgu.Dia kata kalau kita baca ayat ni in syaa Allah kita akan mendapat rezeki yang tidak disangka.Dari seorang budak hingusan sampailah sekarang,saya memang amalkannya.In syaa Allah.Bukan kata syirik ke apa,sekadar berkongsi beberapa peristiwa yg berlaku ke atas diri saya.Ini pun atas ketentuan Allah juga.Kun Fayakun..

peristiwa 1;
Memang ajaib sangat.Masa tu saya tingkatan 4 tak silap.Tak ada lesen lagi,bawa motor ikut jalan kampung secara haram.:)ke Pekan berdekatan.Balik tu,tiba2 motor mati dalam perjalanan.Alamak..Saya pun turun motor dan cek minyak.Haha..Tu saja pun saya tau.Tangki minyak memang kosong.Patutlah..Saya pun start tuntun motor saya.Tak sampai 3 langkah,tiba2 datang seorang pakcik yg cacat kaki membawa motor roda 3.Dia berhenti,tanya saya.Saya pun cerita pasal motor saya dan kemudian dia berikan saya sebotol minyak untuk saya isikan.Saya nak bayar,dia cakap tak apa,memang dia baru balik dari kedai beli minyak untuk diisikan dalam motornya...Alhamdulillah.Allah kirimkan saya orang yang tepat pada masanya.Tapi siapakah pak cik tu?Saya tanya abah,abah pun tak pasti sapa..misteri sangat.

peristiwa 2:
peristiwa ni baru saja berlaku dalam seminggu lepas.Masa tengah masak,gas habis.Saya call semua nombor gas yang ada dalam simpanan.Semua tak berangkat.Yang angkat pun cakap salah nombor.Terus telefon hubby.Saya suruh dia balik untuk tukar di kedai.Bila dia balik,sampai di tempat parking,sebuah lori yang penuh dengan gas ada di tempat parking.Sekejap saja orang yang hantar gas tu terus bawa ke rumah.Alhamdulillah.Memang tak sangka.

Peristiwa 3
Hari tu pernah terdetik nak makan sate.Esoknya masa jamuan hari guru di sekolah,dihidangkan sate.Memang kena sangat.

Peristiwa 4
Saya ni tak cemerlang sangat.Tapi,saya sangat terkejut bila nama Saya dipilih untuk mendapat APC.Saya tahu memang ajaib.Saya memang tak layak tapi kuasa Allah.Dia yang lebih tahu.

Peristiwa 5
Semalam,buka2 peti surat,tetiba ada cek dari etiqa.Kenapa ya?Mungkin sebab trrlebih bayar insurans kereta kot:)walaupun jumlahnya kecil,tapi semua ni pemberian Allah yang memang tak dapat disangkal lagi.

Jadi,amalkanlah ayat seribu dinar sekurang-kurangnya kita baca 3 kali selepas solat.In syaa Allah rezeki yang kita dapat memang tidak disangkakan..Tapi solat pun jangan dilupakan kerana solat tiang agama..Wallahua'lam..♥♡♥

Tuesday, December 24, 2013

Lunch Hour di Restoran SRI TTDI

Assalamualaikum..

Semua dah makan tengah hari ke belum?Saya baru saja selesai menikmati makan tengah hari bertiga,dengan suami dan anak kecil kami di Sri TTDi,TTDI Jaya.

Dah lama tak makan kat sini.Sebenarnya restoran ni sering menjadi pilihan kami sekeluarga.Makanan yang dihidangkan kena dengan selera kami.Kebanyakannya makanan pantai timur.So,kenalah.

Saya percaya restoran ni memang sangat terkenal kepada semua orang Shah Alam sebab satu-satunya restoran yang terdapat di sebelah kedai kereta TTDI.Memang kalau menunggu kereta diservis pun,kami selalu akan singgah untuk makan.Selain pelbagai jenis lauk seperti siput sedut,ikan keli bercili,ikan percik,kari,kerabu perut,paru bercili,gulai kawah dan pelbagai lagi,ia turut menyediakan masakan Thai seperti som tam dan mee celup.Laksa pinang pun ada selain laksam.Memang best sangat masakannya.Nak makan nasi dagang,pulut kuning pun boleh.

Yang paling best,ada disediakan pelbagai jenis ulam dengan pelbagai pilihan pencicahnya.Ada sambal belacan,budu,tempoyak,cincaluk dan sambal kicap.Pendek kata semua adalah.Sebelah petang pula ada menyediakan pelbagai jenis pengat.Antaranya pengat pisang,bubur jagung,pengat ubi kayu, bubur pulut hitam dan pelbagai pemanis mulut yang lain.Buah-buahan potong pun ada.So,bagi sesiapa yang memang ingin menikmati masakan pantai timur yang best bolehlah berkunjung ke sana.Memang super awesome.Lokasinya berdekatan dengan Baiduri Auto Seksyen 13.Kalau datang lambat,melepaslah..Hihi♥♥

Gambar lupa nak ambil sebab dah lapar sangat.Kami makan berdua tadi dalam rm23.60..

Monday, December 23, 2013

Legoland, Malaysia 2013(21.12.2013)

Assalamualaikum..

Pada 21.12.2013, kami sekeluarga bercuti ke LEGOLAND, Malaysia.Kami bertolak pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum dan bermalam di Tune Hotel, Danga Bay.Pagi-pagi lagi selepas menikmati sarapan di Kopitiam,iaitu lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami terus menuju ke LEGOLAND. Yeyy..Dalam setengah jam, kami nampak signboard LEGOLAND, dan betullah kami menuju ke tempat yang betul.Mula-mula tu kami tersilap masuk ke ofis operasi, kemudian suami buat pusingan U dan akhirnya barulah sampai. Ingatkan kami saja yang tersilap ke ofis operasi, rupa-rupanya ada 5 buah lagi kereta yang turut tersilap. Biasalah, tempat asing bagi kami.

Yang paling seronok hari tu tentulah anak-anak saya, Ain dan Zahin.Asal saja ada iklan tentang LEGOLAND, mesti diorang akan tanya bila kita akan datang ke sini.Nah, akhirnya tercapai jua permintaan kakak dan abang.Alhamdulillah.Kami sampai ke sana dalam pukul 10 pagi. Pada masa tu, hujan rintik-rintik manja membasahi bumi Johor. Nasib baik bawa payung dan suami bawa backpack.Dapatlah kami berpayung seketika. Apalagi, terus saja kami mengambil gambar trademark LEGOLAND di hadapan pintu masuk. Tak sah kan, kalau datang tak ambil gambar kat papan tanda tersebut.Masa tengah sibuk-sibuk ambil gambar, saya disapa oleh seorang remaja lelaki.Laa, murid Tingkatan 5 sekolah saya, Safwan namanya. Entahlah, apa jodoh saya dengan dia.Dulu, masa teman suami solat di Masjid di Bangi pun jumpa dia.Alahai,kecilnya dunia.Kat Ujong Tanah pun jumpa dia juga.
Muka excited umi dan anak-anak


Bila kaki melangkah masuk ke dalam, kami menyewa stroller untuk angkut anak-anak.In case, ada yang kepenatan dan sebagainya.Stroller ni sangat membantu, sebabnya mula-mula baby Zaim yang duduk dalam tu, kemudian Ain.Zahin saja yang tahan berjalan beribu-ribu batu.Harga stroller rm30 untuk single dan rm45 untuk double.Kami ambil yang single saja.
 
 
Permainan kami yang pertama ialah,saya pun lupa..Alah, yang ni biasa-biasa saja, sesi pemanasan katanya.Saya pernah main benda alah ni masa dekat sunway Lagoon.Duduk dan berpusing-pusing tu. Permainan ni nakkan ketinggian 120cm, jadi Zahin tak dapat main. Hanya saya dan Ain saja.Jadi, kepada yang memang teringin naak dating, make sure ketinggian anak lebih kurang 100 cm.Kalau tak, banyak yang diorang tak dapat main.Antara lain lagi permainan yang wajib korang semua cuba bila datang ke LEGOLAND ialah:
 
a)The Dragon
-Permainan ni sebijik macam roller coster.The Dragon ni sebab bentuk dia macam anak naga. Track dia pun tak panjang sangat.Tapi cukuplah untuk meluruhkan jantung saya.Yang ni saya, Ain dan Zahin semua boleh main.Hanya suami yang tak main sebab jaga baby.Mula-mula saya ingatkan anak-anak saya ketakutan, tetapi bila tanyakan diorang, kakak takut sikit je.Zahin pun takut sikit je.Umi yang terlebih takut.Bagi orang dewasa, saya cadangkan pergilah ke The Haunted Dragon.Memang lagi ekstrem dengan track yang lebih panjang.Diorang siap ambil gambar candid, pastu kita bayar.Kalau tak nak pun tak apa, rm 30 bayarannya.  Bolehlah, sekali saja kan.
 
b)The Land of Adventure
-Yang ni memang semua pun kena cuba.Siap basah-basah lagi.Alah, dalam iklan pun selalu tunjuk.Yang masuk dalam mulut naga, kemudia dihempaskan kita dengan ketinggian yang sangat tinggi.Sekali lagi jantung saya luruh. Huhu.Ain minta untuk main kali ke dua.Zahin pula tak dapat main, mengamuk dia. Terpaksalah suami habiskan rm40 untuk memujuknya dengan membelikan pedang.Jangan risau bila baju anda basah, sebab ada disediakan body drier dengan dikenakan caj rm10.Saya tak keringkan pun.
 
c)Tengok Wayang 4D
-Sebenarnya saya tak inagt apa namanya.Cuma kita kena beratur panjang sangat untuk menonton wayang 4D ini.Tayangan selama 25 minit ini memang best.Lagipun, saya yang tak pernah menonton cerita 4D ini memang rasa sangat jakun.Sempat juga saya menyusukan baby kat dalam panggung wayang ni.Best sangat sebab siap basah-basah baju kita.Memang effect 4D tu menjadi.Ain pula macam nak tangkap batu-batu yang dibaling tu.
 
d)Observations Tower
-Menara ni pun menyumbangkan ramai yang beratur untuk menyertainya sebab semua orang boleh join termasuk baby.Dari atas menara ni, kita dapat melihat pemandangan LEGOLAND dan bandaraya JB juga.
 
e)Miniland
-Miniland ni cukup menakjubkan.Di sinilah kita melihat ciptaan-ciptaan genius menggunakan lego.Macam-macam monument yang ada. Yang paling best bila ke mercu tanda Singapura tu, Singa yang keluar air tu.Bila kita tekan butang kat luar tu,air tu akan menghala ke arah kita. Sangat lucu dan comel.Baby pun boleh cuba.Taj Mahal,Putrajaya,KLCC, Bandar Vietnam dan lain-lain semuanya ada di sini.
 
Lagi, banyak lagi tempat yang korang semua kena cuba.Malas dah nak tulis sebab terlalu banyak.Seharian kami di LEGOLAND rasanya tak cukup.Untuk pengunjung wanita, saya nasihatkan jangan bawa handbag dan hendaklah berkasut.Serahkan saja semua barang berharga kepada suami untuk diletakkan dalam backpack.Alhamdulillah, dengan cuaca yang sangat baik semalam,cukup berbaloi bayaran rm110 untuk dewasa dan rm90 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.Tentang makanan, jangan risau sebab banyak makanan yang mudah didapati.Ada Pizza Mania lagi.Sambil-sambil makan, diorang turut menghiburkan anda.
 
In Shaa Allah, jika ada rezeki lagi, kami akan datang lagi ke LEGOLAND ini,bro.(sekadar meminjam kata-kata Shaheizy Sam).Kitorang jumpa Sam juga.Sporting sangat orangnya.Patutlah menang pelakon popular.Sehingga itu,bye-bye,jumpa lagi LEGOLAND.In Shaa Allah, nak ke Hello Kitty Town dan Water Park pula.Anak-anak memang sangat happy.Rasanya ada dalam 10 kali Ain cakap LEGOLAND ni memang best!!Wallahua'lam..
 





Sunday, December 22, 2013

Tune Hotel,Danga Bay

Assalamualaikum..

Niat untuk bercuti di JB akhirnya tercapai jua.Dah lama dah plan untuk ke JB tapi cuti akhir tahun ni barulah menjadi kenyataan.Kami ke JB dengan kereta yang dipandu suami.Bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 11.30pagi dan kami sampai ke Tune Hotel pada pukul 5.30 petang.

Ya.Tune Hotel.Sebelum ni pernah dengar dan pernah tengok Tune Hotel di Kota Bharu yang lokasinya berdekatan dengan KB Mall.Suami sudah menempah hotel ni sebulan yang lalu melalui online dengan bayaran antara Rm100 hingga Rm200 semalaman.Jadi,kami kat Tune Hotel untuk dua malam.Dalam Rm300 lah bayarannya.

Tentang bilik,bilik ni agak kecil bagi kami satu famili.Jadi,malamnya kami tidur melintang sebab katil tak muat.Hihi.Bolehlah kan.Kalau berdua mungkin sangat selesa.Tapi bilik air dan peralatan lain memang sangat memuaskan.

Bagi yang risau tentang susah ke nak cari makanan di tengah bandar?Anda memang tak perlu risau sebab betul2 di hadapan hotel ada Restoran Sekinchan Ikan Bakar.Keluar sedikit dari hotel,banyak lagi deretan kedai makan seperti Kopitiam,Breakfast@7,Toast n Toast dan lain2.Kalau yang terlupa bawa berus gigi atau keperluan lain pun anda tak perlu risau sebab seven eleven pun ada di sebelah.Memang cukup puas hati.Atm pun dekat.Jalan kaki dah sampai.

Satu perkara lagi,lokasi yang strategik ini cuma mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Legoland,Malaysia.Tentang tempahan tiket ke Legoland pula,ada Travel Agent di sini.So,tak payahlah kita nak beratur beki tiket.Beli saja online.Tapi ingat,travel agent ni ditutup sebelum 7.30 petang.Memang agent ni akan caj dengan bayaran transport sekali.Kalau kita menaiki kenderaan sendiri,caj akan dikurangkan.Ramai juga yang datang untuk membeli tiket ke USS.Sangat memudahkan kita.Bolehlah lepas ni plan ke USS..Kesimpulannya,bagi saya Tune Hotel ni sangat berbaloi sesuai dengan slogan 24 amazing locations across Asia and The UK.

Friday, December 20, 2013

Bekalan dari Kampung

Assalamualaikum..

Selalunya bila balik kampung,semua benda dari kampung nak diangkut ke bandar.Benda yang saya maksudkan ialah makanan.Antara yang selalu saya bawa ke bandar ialah;

a)beras siam(serindit)
-suka sebab beras ni memang sedap dan tak lembik.Pernah beli beras tempatan,keinginan makan nasi akan berkurangan.Selalunya 1 kampit tu tahan 3-4 bulan.
b)budu
-tak ada budu memang tak lalu makan nasi.nak buat nasi kerabu kesukaan suami pun susah..
c)lada solok
-lada ni lebih pedas berbanding dgn kat bandar yang pakai lada dari Thailand.abang saya penggemar tegar lada solok ni
d)lada kering
-lada kering kat Kelantan lebih besar(siam) dan tak pedas.Senang nak potong.Anak2 kecil pun boleh makan.
e)telur masin
-entahlah..mungkin lebih murah sikit berbanding kat bandar walaupun kat kampung pun dah mahal
f)nisan
-kat Kelantan saja yang ada nisan atau gula melaka yang selalu kita gunakan
g)rempah
-rempah  yang disukat lebih sedap berbanding rempah yang famous
h)ikan kering
-bukan kat bandar tak ada ikan kering tapi dah biasa beli dari kampung.
i)asam keping
-murah berbanding bandar

Hihi..Banyak juga barang yang selalu dibawa dari kampung.Kalau boleh ma dan abah pun nak dibawa ke bandar.Lidah Kelantan katakan.♥♥♥

Resepi:Ikan Budu

Assalamualaikum..
Saya tak pasti masih ada lagi ke orang yang kenal ikan budu atau ikan jeruk ni..Ikan budu ni pun one of the famous food masa musim tengkujuh di pantai timur eapecially di Kelantan.
Kalau kira dalam rangking makanan terbaik semasa muaim hujan,mungkin ini adalah antara top ten juga selepas ubi kayu dan putu halba.

Hari tu selepas membuat nametag kat Pekan Ketereh,saya merayau2 kat dalam pasar Ketereh.Selepas membeli cakui yang wajib saya beli bila balik kampung,terus mata saya terpandangkan ikan budu ni.Selalunya ikan kembung yang digunakan dalam membuat ikan budu.Kenapa ikan budu?Mungkin sebab dia masin kot.Sebabnya langsung tak pakai budu masa masakkan ikan ni.Harga ikan ni rm5 untuk 3 ekor.

Nak masak ikan ni sangat mudah semudah abc.Mula2 bersihkan ikan dan semua garam yang menyalut badan ikan tu.Kemudian,siatkan isinya selicin2 nya.Dengan menggunakan lesung batu warisan bonda,3 batang serai dihiris dan ditumbuk.Masukkan cili api sesuai rasa kita,bawang merah secukup rasa,bawang putih dan sedikit halia.Tumbuk sehingga lumat.

Kemudian dalam bekas yang berasingan,pecahkan 4 biji telur.Kacau.Masukkan ikan yang dah disiat dan bahan2 yang dah ditumbuk tadi.Goreng dengan api yang perlahan sama seperti anda menggoreng telur.Tadaa..siap♥♥

Tuesday, December 17, 2013

Malam Berinai

Assalamualaikum...

Semalam kami berinai.Ni gara2 terpengaruh dengan wedding of the year Cik Ta dan Zain la.Last time berinai tahun 2007.Itupun sebab saya kahwin tahun 2007.Haha..

Kisahnya macam ni.Semalam ada pokok tumbang kat rumah jiran.Pokok tu pula menghempap sebatang pokok inai yang tumbuh subur.Jadi,kami pun petik daun inai tu.Kononnya saja2 daripada membazir.

Sebelah malam pula ada saudara datang.Namanya Aunty Sally.Huhu..Omputih sangat.Sally Marina namanya..Orang Tumpat je pun.Dia tanya nak berinai ke?Anak saya suka sangat cakap nak berinai.So,malam tadi dia pun tumbuk inai dengan lesung batu ditambah sedikit nasi,asam keping dan arang.Gambir pula tak ada.Mula2 Ain,anak saya.Lepatu adik saya dipakaikan inai dan kemudian saya.Mak saya pun join sekali.

Ingat lagi masa kecik2 dulu suka sangat berinai.Kami selalu ke rumah sepupu abah.Dialah yang tolong inaikan kami.Sebabnya dia yang paling tua antara kami semua.Lagipun dia tumbuk inai tu merah.Dulu kami pakai plastik dan ikat dengan tali rafia.Tapi semalam Aunty Sally ikatkan dengan kain batik sarung.Hasilnya tak mengecewakan.

Buka sekolah nanti,merah lah kuku saya.Nasib baik dah kahwin...

Resepi Kerabu Mangga

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama tak buat kerabu mangga dan tak makan kerabu mangga versi Kelantan.Kalau Siam punya versi lagi senang bukan?Dan senang didapati di Lembah Kelang.Sebab masih lagi di kampung dan mangga muda yang lebih selepas makan colek kelmarin,saya pun cadangkan kepada emak saya untuk dibuat kerabu.Mula2 masa saya buat tu mak cakap banyak sangat tu,tapi bila dah siap sedang elok je.Nak bagi jiran pun tak cukup.Anak2 suka,abah saya siap tanya lagi siapa yang bagi.Haha..Sebab sedap sangat kot ataupun mungkin dah terlalu lama tak buat kerabu.Masa kecik2 dulu sayalah dalam famili yang selalu disuruh emak untuk membuat kerabu.Arwah atuk saya pun sama.Sebab tu kalau makan kerabu mesti teringat kat atuk saya.So,tak sia2 lah saya mendalami ilmu membuat kerabu.

Bahan2:
-kelapa digoreng sehingga kekuningan
-bawang merah -3 ulas(ditumbuk)
-serai ditumbuk
-lada hitam ditumbuk
-3 ekor ikan rebus(selalunya ikan sardin)..dibuang tulang dan ditumbuk
-sedikit santan
-budu(optional)
-garam dan gula
-asam limau
-mangga muda dicincang
-potongan cili
-daun kesum

Cara membuat
-setelah kelapa digoreng,tumbuk semua bhn yang perlu ditumbuk dan gaul sekali dengan mangga yang dicincang.masukkan budu,garam dan gula.Sedikit perahan santan untuk nampak sedikit basah.
-hiris sedikit daun kesum untuk menambah rasa
-last sekali hiris limau nipis untuk diambil jusnya.
-hiris cili untuk menambah rasa sedikit pedas.
-kemudian bolehlah dihidangkan.♥♥♥
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 11, 2013

Kaftan ♥♥♥

Assalamualaikum..

Hari ni semua orang heboh pasal tarikh cantiklah,Cik Ta dengan Zain kahwinlah dan macam2 lagi..Hari ini juga saya dengan lafaz Bismillah ingin memulakan langkah baru.Saya ada buat bisnes kecil-kecilan iaitu jual kaftan secara online..Kalau sesiapa yang berminat,bolehlah menghubungi saya melalui email zillaramli@yahoo.com atau terus ke fb saya wan noorazilla..Bila lagi kita nak bergaya depan suami kita kan!Harga sangat2 berpatutan.Semua orang mampu.Ni antara beberapa contoh kaftan.

Tuesday, December 10, 2013

BB Cream

Assalamualaikum..

Saya dah lama dah tak pakai compact powder.Rasanya dah setahun dah.Nasib baik ada BB Cream.Jimat belanja.Brand yang saya pakai tentulah yang jimat dan murah iaitu Maybelline.

Saya rasa krim ni sangat sesuai dengan kulit saya.Guna sikit saja,5 tompok kecik dan sapu membuatkan kita seolah-olah pakai bedak 3 lapis.Macam jurumekap profesional.Hihi..Memang berkesan untuk menutup cela di wajah.Krim ni pun tidak berminyak.Dulu pernah pakai jenama lain,macam shining like a diamond sangat.Akhirnya bertemu dengan maybelline.Tu pun selepas dapat sample free masa di sekolah..Harga saya lupalah.Kalau pakai sorang rasanya tahan sampai 2 bulan untuk pek yang sedang tu.

Saya tak pasti betul ke tidak fakta ini.Orang kata pemakaian bedak boleh menyebabkan muka senang ditumbuhi jeragat.Betul ke tidak saya tak pasti.Yang saya tahu saya suka pakai bb cream ni kerana orang akan anggap kita pakai bedak walhal tidak.Satu lagi cepat dan jimat.Selamat menggunakan bb cream.Nanti nak try cc cream la pula..♥♥

Wednesday, December 4, 2013

Hujan dan Lapar Berpisah Tiada(Putu Halba)

Assalamualaikum..

Sekarang ni semua sedia maklum yang Kuantan dan Terengganu sedang lumpuh akibat banjir yang melanda pantai timur.Di Kelantan,hari ni nampaknya hujan mula mengganas.Dari pagi tadi sehinggalah saat entri ni ditulis,hujan masih belum berhenti walaupun sekejap lebat sekejap berhenti.

Biasanya bila musim hujan macam ni,kami di kampung akan dihidangkan dengan pelbagai jenis ubi.Ubi kayu,keledek,ubi keling,ubi badak dan macam2 lagilah.Dimasak dengan pelbagai resepi.
Kalau ikan pula,biasanya ikan puyu,ikan keli,sepat dan haruan menjadi pilihan kerana kaum bapa terutamabya akan menahan pukat.Ada juga yang menjual ikan tu sebagai punca rezeki.Syukur.Rezeki Allah tak pernah putus.

Putu halba juga sering menjadi pilihan orang ramai bila musim banjir.Di tepi2 jalan,akan kelihatan ramai penjual putu halba.Kalau di kampung saya dijual dengan harga rm2 iaiti 5 kwping.Putu halba ni dibuat daripada ubi kayu dan dikukus dan dibalut dalam kain tuala kecil.Dalam setiap putu tu diletakkan gula nisan.Makan dengan kelapa yang digaul garam dan sedikit gula.

Oklah..Tak pandai saya nak explain.Meh kita tengok imej putu halba yang seksi ni.Tapi sedap.♥♥♥

Monday, December 2, 2013

Tips:Membawa Anak2 Dalam Perjalanan yang Jauh

Assalamualaikum..

Dua hari lepas kami sekeluarga sampai di desa tercinta.(macam lagu Nora)Memang perjalanan mengambil masa yang agak panjang.Semua pun tahu kan,perjalanan dari Shah Alam ke Kota Bharu sekurang-kurangnya mengambil masa 8 hingga 10 jam.Ditambah pula membawa anak2 kecil tentu sekali bertambah panjang dan sukar.

Antara tips yang dapat saya kongsikan melalui perjalanan yang panjang ini termasuklah;
a)rancang dahulu perjalanan anda.Ini sangat penting.Misalnya,ada orang lebih suka bertolak malam,dinihari dan awal pagi.(ni kena tanya driver kita lah...siapa lagi kalau bukan teman sehidup semati kita)

b)makan dahulu sebelum bertolak
-kita kena jamah sedikit makanan sebelum bertolak kerana bimbang anak2 akan membuat aksi yang tidak diingini.Driver pula jangan makan berlebihan,bimbang nanti mengantuk.

c)bekalkan mainan kepada anak2
-ada orang suka berikan iphone,ipad dan gajet lain.Namun, bagi saya elakkanlah.Macam anak2 saya,sekejap saja mereka boleh bermain gajet kerana tidak selesa bermain di dalam kereta.(sama macam saya pening)kalau anak minat robot,bekalkan robot,kereta ataupun patung.Beri mereka bawa permainan kesayangan mereka.Sambil2 tu mereka boleh main dengan kawan2 'tipu' mereka ni.

d)pasang lagu kegemaran mereka
-lagu juga mainkan peranan penting.Anak2 akan seronok bila mendengar lagu kegemaran mereka.Mungkin tanpa disedari mereka akan tertidur.(hihi..senang kerja kita)

e)sediakan cd secukupnya
-ha..kalau balik ke Kelantan,sampai saja di Merapoh atau di Gua Musang radio sudah tidak berfungsi.Jadi,burn cd zikir atau apa saja lagu yang sesuai untuk halwa telinga kita.Driver tak ngantuk,kita pula boleh tenang.

f)bawa kelengkapan bayi secukupnya.
-barang2 seperti wet tissues,pampers dan ubat-ubatan janganlah disimpan di dalam but kereta sebaliknya letaklah di tengah2 supaya senang kita capai bila diperlukan.Air mineral juga mesti diletakkan kerana takut anak2 muntah.Senang guna saja air mineral yang ada.

g)servis kereta anda
-tips ini memang kena jaga.Sebabnya walau apapun persiapan anda,kereta kena check betul2.Hal ini sangat penting kerana melibatkan nyawa semua insan yang tersayang.

h)baca doa sebelum bertolak..ini sebenarnya tips utama.sebagai orang islam bacalah doa sebelum bertolak dan ditambah dengan ayat kursi.In shaa Allah anda sekeluarga akan selamat.

Last sekali,kereta kena besar..Sebaik2nya vellfire..haha..Gurau2 je.Sehingga itu..sekian.♥♥♥