Google+ Followers

Thursday, November 28, 2013

Wanita dan Tudung

Assalamualaikum ladies..

Wanita dan tudung memang tidak dapat dipisahkan bagai lagu dan irama,intan dan permata,ombak dan laut serta banyak lagi.Hari ni bila kerajinan sedikit terserlah,saya mengemaskan gobok yang dah lama tak berkemas.Lagipun sekarang ni baby asyik buka tutup je almari tu.Mana tak bersepah segala isi yang ada dalam almari.

Mula-mula saya kira drawer pertama.Penuh dengan tudung bawal.Almaklumlah saya ni bawal lover.Jadi koleksi bawal yang paling banyak mendominasi tudung2 yang ada.Seterusnya drawer ke-2.Penuh dengan tudung instant.Maksudnya tudung awning dan tidak berawning.Koleksi ni pun boleh tahanlah.Tapi kalau compare syria dan awning saya lagi suka yang syria.Senang jaga.Nak campak dalam mesin basuh pun ok.(jarang2 boleh lah kan)Itu lah faktor saya suka syria.Belek2 lagi,ada shawl,halfmoon shawl,pashmina dan squircle shawl(edast boutique).Ish..ish..Ada shawl yang tak pernah pakaipun.Tapi kenapa beli??Di sini timbul persoalannya.Ok saya jawab,beli sebab tengok orang pakai cantik,saya pakai macam burung belatuk..hihi.Lagipun saya jenis yang tak artistik.Mana nak jadi kalau nak cepat.

Percaya tak bila saya katakan setelah dikira2 tadi ada 100++ tudung yang ada.Astaghfirullah.Dari zaman hingusan sampai sekarang.Pakai cuma berapa kerat je.Membazirnya.Ni belum masuk yang dalam baldi,yang digantung.Macam tak percaya pun ada.Inilah natijahnya akibat mengunjungi butik2 yang ada di sekitar seksyen 7,seksyen 9 dan seksyen 16.Tu belum yang beli sari Kelantan.Tak termasuk yang diorder dengan adik dan kakak ipar.Insaflah wanita sekalian.(saya lah tu)

Cukuplah membazir.Ingat,membazir itu amalan syaitan.Tadi,ada setengah tudung dah diasingkan untuk dibawa pulang ke kampung dan disedekahkan kepada yang memerlukan.

Pesanan terakhir-cuba kira tudung anda pula.Ada berapa??Sehingga itu.Sekian.(2014 dah tak nak beli tudung)azam la ni..kecuali raya.ehehe..♥♥♥

7 comments:

  1. Dasyat tu azam tahun baru.. haaa... janganla gitu.. beli sikit je.. 1 seminggu je ke..nati demam pulak kalau tak gi butik..haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bakpo tak g umh nik td?

      Delete
    2. Mikir banyak kali bila papa naim dh balik. Dua2 kat atas riba payahla nak gerak.. hari ni baru naim nampak ok...sekali sekala tanya papa, tapi dah banyak main sdiri

      Delete
    3. oo..k.ma pakai keta mpv baru..syyy

      Delete
  2. ooooooo k.ma beli keta baru ke?

    ReplyDelete
  3. ooooooo k.ma beli keta baru ke?

    ReplyDelete