Google+ Followers

Sunday, November 17, 2013

Terung Bakar Cicah Air Asam

Erk..Alhamdulillah.Baru selesai makan tengah hari untuk hari ni.Masakan kampung yang sangat simple tapi saya sangat sukakannya.Encik hubby dan adik2 saya pun bertambah makan tadi.

Resepi kami tengah hari tadi very da simple dimple.Sayur pedas petola (ore kelate panggil tene),ayam goreng kunyit,terung bakar cicah air asam dan bendi yang dicelur.Tidak lupa juga penambah rasa,budu.

Pernah dengar tak terung bakar cicah air asam??mesti tak pernah.Sangat mudah.Terung tu bakar sekejap kat dapur kecil kita tu je.Tak yah pakai arang bagai or Oven sekalipun.Ha,ni senjata rahsianya,air asam.Fuhh..

Bahan2;
-5 ulas b.merah(ditumbuk)
-3 biji cili api
-sedikit belacan
-perahan air asam limau nipis(sebiji)
-sedikit gula dan garam
cara;
-kesemua bahan di atas ditumbuk.kemudian sesuaikan rasa masam,manis dan pedas..tadaa..siap.

Bolehlah dimakan dengan nasi yang panas2.Cicahlah terung ngan air asam ni.Rasanya lagi sedap dari ikan bakar yang dicicah air asam.Pasti tertambat selera si pemakan.Tadi,sebab terung ada sebiji,jadi saya celur bendi untuk dicicah sekali.hihi..

2 comments:

  1. WAH,,, menarik menu ni.. boleh nak try buat juga nanti... tapi terung tak ada arini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaha..tryla..resepi legend ni..tu pun ada sebatang jah..hok lebih hr tu lagi.

      Delete