Google+ Followers

Saturday, November 23, 2013

Taman Tasik Shah Alam 2013

Assalamualaikum.
Hari ni kami tak ke mana-mana.Selepas menghantar adik ke Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam,kami anak beranak ke Taman Tasik Shah Alam.Tempat yang biasa kami kunjungi saban minggu.Mungkin ini adalah kunjungan kami yang terakhir untuk tahun ini.Sebabnya minggu depan kami akan balik ke kampung.In shaa Allah.

Macam biasa,pagi ni tak ramai pengunjung.Tengok jam tangan,pukul 11 lebih.Patutlah.Mungkin ramai yang dah balik.Lagipun cuaca dah sedikit panas.Bila ke tasik,anak2 saya macam biasalah.mereka dah tak hiraukan umi dan abah diorang dah.Nasib baik baby Zaim kecik lagi,kalau tak dia pun sama agaknya.

Baru saya perasan,anak2 ni tak semestinya kita belikan mereka barang yang mahal atau ke  mall sahaja,tapi kualiti masa tu yang penting.Kalau lama2 sangat dengan mereka pun,pasti mereka bosan kan!

Satu lagi yang saya sedar juga,Zahin anak saya yang kedua,rupanya pencinta nature.Ain pula seorang yang adventurous.Baguslah.Sorang nature,sorang adventure.Macam Zahin tadi,mula2 sampai,dia akan ajak saya tengok tasik.Baling2 kayu dalam tasik dan kemudian dia sendiri akan ke arah pokok,cari semut katanya.Lepastu jumpa rama2 yang comel.Excited sangat dia.

Kakak Ain pula asyik dengan main besi,main buaian dan asyik minta abah angkat dia untuk main dekat palang besi.Beberapa kali dia ulang sampai lenguh-lenguh tangan.Baby pun bila semua orang main,dia pun sibuk nak berjalan padahal tak boleh jalan lagi.Tunggulah baby boleh jalan..

Dekat pukul 12,masing2 dah haus,jadi kami pun pulang dan singgah beli air kelapa di gerai tepi jalan.Oklah,sehingga ketemu lagi.♥♥♥

2 comments:

  1. Comelnya zahin senyum gitu..

    Kakak ikut abah kot... zahin pulak ikut umi dia.. haa.. yeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish..kakak mcm umi..zahin mcm abah..

      Delete