Google+ Followers

Wednesday, November 27, 2013

Selamat Berkhatan

Assalamualaikum..

Pernah terfikir tak pada usia berapa anak2 kita sesuai dikhatankan?Bagaimana nak meyakinkan mereka yang berkhatan ni adalah sesuatu yang mesti dilakukan?Sebabnya bila saya tanya Zahin,anak saya yang berusia 3 tahun dia akan cakap Mail cakap sakit.Mail dalam upin ipin tu.Hihi..Mungkin hujung tahun depan saya cuba pujuk dia sekali lagi.

Kalau di kampung time cuti sekolah,abah sayalah orang yang paling sibuk.Dia bukan Tok Mudin,tapi sebagai penghulu kampung abah akan mencari seberapa ramai kanak2 dalam jajahan takluknya untuk dikhatankan di masjid.Siap dapat hadiah lagi sapa yang dapat kanak2 paling ramai.Kanak2 ni pula akan diraikan dahulu dengan beca berhias,kemudian dimandikan dan dibuat pulut semangat lagi.Sangat meriah.Doktor dari klinik kesihatan yang berdekatan yang akan datang untuk mengkhatankan mereka.Eh,tok mudin dah tak wujud ke?

Oklah,kepada adik2,anak2 yang akan berkhatan,selamat berkhatan.Orang kata masa kecik2 ni lah luka cepat sembuh dan kurang sakit.Zaman Abang saya dulu,dia dikhatankan masa darjah 4.Ingat lagi mak saya cari tempurung jantan untuk diketuk di kepala lutut.Hihi..

*Enjoy foto messi dan drogba berkharan.Phew..

2 comments:

  1. Kita ada dua anak lelaki..mmg kena fikir perkara nilah kan.. tahun depan utk zahin?Wah.. awal tu.. rasanya naim n nnazif buat sama2 lah nanti.. baru sama2 diam keduanya masa sakit tu.. mama jaga pun sekali je.. mungkin masa nazif 5 thn abng 7 thn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla..klu dia nak,oklah..try pujuk..sebabnya azmien adik bongsu saya berkhatan masa umur 3 tahun..

      Delete