Google+ Followers

Tuesday, November 26, 2013

Resepi;Mee Kuah Lada Hitam

Assalamualaikum..

Ini pagi tadi punya cerita.Bangun pagi duk teringat-ingat akan mee dan kue teow dalam fridge.Ingat nak goreng.Tapi malas.Lepas tu terfikir nak buat mee kuahlah.Resepi ini memang resepi ma saya sejak saya kanak2 lagi.Tak taulah dia ambil dari mana.Atau mungkin semua mee kuah orang Kelantan macam ni.Tak sure sangatla.Sebab dulu pernah masa sekolah siap bertekak lagi dengan kawan pasal mee kuah.Dia kata,alah,sama je mee kuah dengan mee sup.Saya tak nak kalah,eh mee kuah,mee kuahlah..Jom tengok resepinya

Bahan2
-mee/kue teow
-sayur sawi
-satu sudu besar cuka
-lada hitam ditumbuk
-b.putih(dihiris)
-isi ayam/daging/sotong/udang/fish ball(boleh campur semua)
-telor
-tomato
-sos tiram
-b.besar

Cara2
-panaskan sedikit minyak di dalam periuk
-masukkan b.putih..Agak2 bau wangi,masukkanlah lada hitam.tumis sekejap
-masukkan isi ayam dan sedikit air.masukkan juga cuka untuk rasa sedikit masam
-bila isi ayam yg dah dipotong kecik2 tu masak,masukkan air untuk dijadikan kuah.Terpulanglah pada anda.Kalau ramai;banyaklah kuahnya.
-masukkan sos tiram
-masukka telor bila kuah tengah menggelegak.Jangan kacau supaya telor tak hancur
-masukkan garam dan gula secukup rasa
-masukkan b.besar dan sayur.
-bila dah masak,tutup api dan masukkan tomato.
-bolehlah dihidangkan dengan sedikit perahan asam limau nipis

5 comments:

  1. Sedap tu... seronok anak2 makan mee umi yang sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat tadi ..ikut resepi zilla.. sedap... thanks sharing..

      Delete
  2. waaaaaaaaa mesti sedap ni. nampak.pon dah menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..salam kenal ibusya..tapi mana boleh lawan chef:)

      Delete