Google+ Followers

Monday, November 11, 2013

Resepi Orang Demam

Assalamualaikum..

Sehari dua ni badan rasa letih sangat.Mungkin bagi seorang guru,hal ini adalah lumrah biasa kerana saat-saat akhir inilah semua report,segala macam pelan taktikal,operasi dan strategik mesti disiapkan untuk dihantar kepada pentadbir sebelum mula bercuti panjang..Tadi pergi ke klinik dan cek blood pressure..sekali lagi low blood pressure:(

Berbalik kepada tajuk asal selepas sedikit luahan perasaan,saya nak berkongsi dua resepi bagi orang demam dan malas nak masak banyak.Macam saya..Iyela..dahlah kita demam,tekak pun rasa perit semacam..takkan nak masak macam kenduri.

RESEPI 1;SUP AYAM DENGAN CENDAWAN

Bahan2:
-Ayam(dipotong kecil)suka hatilah
- 1keping asam keping
-sdikit halia
-bawang merah dan putih(dihiris)
-kiub pati ayam
-cendawan(cendawan biasa je)-dicarik carikkan
-rempah ratus(ketumbar,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang)
-sedikit lada hitam

Cara2
-rebus ayam dengan halia,kemudian masukkan kiub pati ayam.
-tumis rempah ratus tadi dengan sedikit minyak sehingga wangi(tumbuk)
-masukkan rempah ratus tadi yg dah ditumbuk ke dalam periuk
-tumis bawang putih dan b.merah sekejap je..tak payah garing pun.juga masukkan dalam periuk
-bila nampak ayam macam nak masak,masukkan cendawan yang dah disiat2 tadi..klu nak letak tomato pun boleh
-masukkan sedikit garam
-rasa dan kemudian siap...
-bolehlah dihias dengan daun sup dan hirisan limau nipis,sedikit cili..(ALHAMDULILLAH-my kiddos sangat suka terutamanya bab ratah cendawan)

RESEPI 2;IKAN SINGGANG VERSI KELATE(RESEPI ASAL BY MY MUM)

Bahan2;
-ikan tongkol
-asam keping(2 keping)
-sedikit lengkuas
-gula nisan(gula melaka)
-sedikit garam

Cara2;
-rebus dahulu ikan dengan sedikit air,garam,asam keping dan nisan(biar rasa dia jadi sebati,masam dan manis tu)
-bila nampak ikan dah masak,masukkan air sebanyak yang kita suka(agak2 la)
-masukkan hirisan lengkuas dalam 3 hiris
-masukkan sedikit garam
-masukkan juga lada ketot(kemetot)sebagai penyedap rasa(nanti lada ni boleh diletakkan dalam budu)
-masak sehingga mendidih kuahnya dan boleh dikecilkan api
-sedia untuk dihidangkan
-sangat sedap dimakan dengan budu yg dikenyet cili hidup dan sedikit perahan asam limau..ada juga yg suka makan dengan sambal berserta ulam2

Nampak tak resepi yang simple dan malas ini tetapi sangat membangkitkan selera..selamat mencuba♥♥♥


2 comments: