Google+ Followers

Friday, November 29, 2013

Nasi Berlauk Kelantan Style

Assalamualaikum..

Dah sarapan ko belako?Cewah..Sebab hari ni Kelantan style,so ayat pun kena lain sikit.Sarapan pagi hari ni saya mulakan dengan makanan yang sangat berat.Nasi berlauk ikan kembung.Ha..panjang nama dia.

Kalau di kampung saya,nasi berlauk ni memang dah jadi makana tradisi kami.Ikan yang saya gunakan pada pagi yang hening ni ialah ikan kembung.Apa beza kembung dengan mambung??Masaknya tersangatlah mudah.Mesti semua orang dah tau kan.

Tapi senjata rahsianya ialah sambal yang sangat power tu.Kalau makan nasi berlauk memang tak sah tak de sambal.Sambal ni pun warisan generasi keluarga kami.Saya tak tau rumah orang lain ada ke sambal macam ni.Sebabnya sambal tu hasil air tangan bonda tercinta.Memang kalau habis,balik kampung mintak lagi dengan ma.Suami pun dah suka sambal tu.Sampaikan memang mak saya akan bekalkan sambal ni untuk semua adik beradik di perantauan.Kasihnya ibu membawa ke syurga...:(
Sedih pula.

Tadi pun bila saya call ma saya dia cakap nak ke pasar teman (RTC kota bharu)nak beli cili sekilo.Anak2 dah nak balik bercuti.Sambal pun dah nak abis.Macam tu sekali.Buatnya pun tak susah.Setelah dibuang tangkai cili,blend dengan cuka,garam dan gula.Maka siaplah ia.Pastu hiris limau kasturi,masukkan sekali.Memang wow lah.Saya malas nak buat dengan alasan anak kecik,takut pedas badan baby.Hihi..

Oklah..Nak mengemas dulu,esok in sha Allah balik kelantan.♥♥♥

No comments:

Post a Comment