Google+ Followers

Monday, November 4, 2013

Hijrah

Assalamualaikum..

Esok,kita semua akan menyambut 1 Muharam 1435 H..Sungguh cepat masa berlalu.Bagaimana dengan azam kita,adakah masih di takuk lama?Atau mungkinkah dah tercapai 90%?Kalau dah tercapai,Alhamdulillah.

Sempena Maalhijrah yang akan kita sambut esok,patutnya kita ingat balik tentang peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.Baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah atas tujuan yang satu.Untuk menyatukan ummah dan mengembangkan syiar islam.Hijrah juga berlaku atas perintah Allah dalam surah al-anfal ayat 28.Selain itu,hijrah juga disebabkan oleh jemputan dari masyarakat Madinah yang Nabi kemudian namakan sebagai Ansar.Jadi di sini,tidak timbul bahawa hijrah ialah pelarian seperti mana yang digembar-gemburkan oleh orientalis barat.

Hijrah dalam maksud yang mudah ialah berpindah.Dalam konteks Islam pula perpindahan dari kota Makkah ke Kota Madinah.Betapa peritnya Nabi Muhammad dalam melakukan hijrah.Baginda dan Abu Bakar sahabat yang setia di samping Allah yang memudahkan perjalanan mereka telah berjaya berhijrah dengan selamat selepas bersembunyi di Gua Thur kerana bimbangkan akan ancaman Arab Quraisy.

Di sini,kita boleh perhatikan bahawa sahabat2 Nabi sangat membantu.Saidina Ali sanggup tidur di tempat tidur Nabi semata-mat ingin menyelamatkan Nabi.Asma Binti Abu Bakar pula sanggup jadi spy dan menghantar bekalan makanan ke Gua Thur dalam tempoh persembunyian Nabi walaupun sedar tindakannya sangat berisiko.Abd Rahman bin Auf pula sanggup menyedekahkan hartanya ke jalan Allah semata-mata ingin melihat syiar Islam berkembang.Kalau kita,adakah kita sanggup?tepuk dada tanya iman..

Marilah kita jadikan maalhijrah tahun ini sebagai tahun yang cukup bermakna kepada kita.Mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah dan tahun ini menjadi improvement year kepada kita semua..Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment