Google+ Followers

Friday, November 22, 2013

Gelagat Zaim

Assalamualaikum..

Niat saya untuk ke sekolah tertangguh lagi.Kalau semalam baby demam.Hari ni baby Zaim dah sihat.Aktif macam biasa.Tapi hari ni husband pula nak pakai laptop.Huhu..Biasalah kalau dah namanya share laptop,macam ni lah jadinya.Bilalah saya boleh ke sekolah.

Hari ni kakak dan abang zahin dihantar ke sekolah.Kakak ada party akhir tahun di sekolah.Zahin pula kalau kakak nak pergi sekolah,dia pun mulalah nak ke taska.Jumpa Aisy,kawan baiknya.Hari ni bawa boboiboy ke taska.Hii,macam2.

Tinggal berdua dengan Zaim,senanglah sikit.Pagi2 lagi saya dah siap masak untuk makan pagi dan tengah hari.Yang kelakarnya,saya perhatikan baby saya ni bila dengar je intro candy crush yang game tu,dia senyum dan terus datang ke arah saya.Padahal dia tengah main tu.Dia pula yang nak main game ni.Aii,kecik2 lagi.Selalunya dia akan baring sebelah saya dan kami sama2 main game dan sama2 gelak bila kalah.Hihi..Kalau Zahin,lagilah bila dengar muzik kalah,dia akan tanya,umi kalah lagi??Haish..

2 comments:

  1. Alahai comelnya zaim... budak2 ni mmg suka muzik kan? Mudah tertarik dengan muzik yg dia suka.. tu yg nazif pun tergedik2 kalau dgr lagu putih2 melati atau lagu2 kanak kanak yg biasa dipasangkan untuk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..diorang cepat belajar bila ada muzik..ain dulu pun macam tu..turun umi dia ni..nampaknya kita boleh buat lagu untuk anak2 kita

      Delete