Google+ Followers

Monday, November 25, 2013

Gaji Oh Gaji

Masih lagi terngiang-ngiang kata2 kawan saya tadi iaitu kak ma yang kecil molek,comel lote.Kak Ma ni boleh kami anggap dia macam kakak kami lah di sekolah.Dialah kawan,dialah kakak,dialah ibu,dialah ayah.Ehehe..Ini sudah lebih ni..Dia pandai bagi nasihat.Sesuai dengan gelaran ustazah.

Bila saya cakap saya dah kering dah bulan ni.Tapi kak ma boleh cakap dia masih lagi berbaki duit gaji dia.Pandai dia manage.Saya ni pula,selagi ada duit selagi tu lah nak belanja.Tak lekat duduk rumah.Kalau boleh tiap2 minggu nak ke Seksyen 7,(memang pun pergi tiap2 minggu).Suami cakap Jalan Tar ke-2 selepas Jalan Tar di KL.

Beli tudunglah,beli baju lah dan macam2 lagi.Butik mana yang orang cakap best mesti saya pergi.Macam mana duit nak lekat.Patutlah Kak Ma kaya,saya tak kaya.Kena belajar ni.Rahsianya dia cakap jangan pergi mana2,baru duit boleh lekat.Buat tak tau jer gaji tu.Dan mungkin keberkatan rezeki juga.Lagi satu Kak Ma jarang makan kat luar.Sebab tu malu nak cerita kat dia kalau kita makan kat luar sebab dia rajin masak.Rezeki saya tak berkat ke?Wanauzubillah..

Tapi saya berazam untuk tahun hadapan saya akan tiru macam kak ma ni..Berubah untuk masa depan yang lebih cerah.Wallahua'lam.

Sama2 muhasabah diri..

No comments:

Post a Comment