Google+ Followers

Monday, November 25, 2013

Berdating di Cili Merah

Assalamualaikum..
Tengah hari tadi,selepas menghantar kerja2 sekolah yang saya rasa entah hape2 tu,terus saya pulang ke rumah.Bukan apa,nak ngedate dengan my lovely hubby.Maklumlah hari ni hari gaji saya.Selalunya kalau saya gaji,saya akan belanja dia.Begitulah sebaliknya.Beribu-ribu ampun juga ditujukan kepada blogger yang famous Ilham Hati Aisy Nasiha sebab tak sempat sembang panjang kat sekolah tadi.In sha allah kita jumpa di kampung yang tercinta.♥♥♥

Asalnya kami berdua ke mc donald Seksyen 9.Dah bayar parking 40 sen dah.Niat nak makan GCB yang keluar sekali setahun tu.Tapi semua dah sold out.Kami melangkah keluar dengan hampa.Lain kalilah.

Terus suami cadangkan ke Cili Merah.Rasanya dah lama kami tak ke sini.Kenapa yea??Entahlah mungkin Seksyen 13 pun dah banyak kedai makan.Kami makan nasi campur dan plus order abc,kole kacang which is my favourite dan pengat pisang(hubby's fav).Masa tengah pilih2 makan tu,ada sorang mamat ni tapi dia melayu bukan mamak.Dia main teka-teki pulak.Kak,ni asam pedas ke kari?Nasib baik otak saya masih berfungsi dengan waras.Tu ada daun kari tu,rasanya kari.Hihi..Betul la kan?

Orang kata specialist kat Cili Merah ni pada air teh dia.Jadi bila ke sini saya akan pesan teh ais  je.Walaupun fav saya teh o ais limau sejak dahulu sampai bila2.Saya orderkan untuk suami teh o ais limau.Jadi,taklah kempunan sangat..Kami berdua beredar keluar selepas membaYar Rm 33.Mahal tak?Nasib baik sedap..4 bintang.

3 comments:

  1. Amboi..sedap tu gi dating dan makan2.. bagus, isteri solehah nampaknya ni...patut la tak sempat sembang pun tadi..

    Sedap sangat ke air kat situ? Nak try jugalah lain kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla..dl ingt kedai tu pakai susu apa dalam air teh..sekarang dah lupa.solehah sangat..in sha allah..cuba menjadi yg terbaik

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete