Google+ Followers

Friday, November 29, 2013

Seronok Melayan Anak2

Assalamualaikum..

Masa cuti ni masa yang sangat berharga untuk saya habiskan dengan anak2.Melihat mereka membesar di hadapan mata,sangat membuatkan hati ni teruja.Walaupun dengan rumah yang agak tunggang langgang,namun kepuasan menghabiskan masa bersama merek tetap utama.

Tiap2 hari melayan mereka membuat playdoh,main mak2,usik adik2 dan saya pula masak untuk anak2.Itulah rutin saya menjaga anak2.Kadang2 terasa penat juga.Tapi bila difikirkan balik,inilah masa yang tepat.Bila lagikan??Dan satu yang saya cuba terapkan sehari dua ni ialah mengajar kakak Ain mengaji Muqaddam.Alhamdulillah.Dia nak.Zahin pun ikut sama nak mengaji.Semoga saya tetus istiqamah.Harapnya sampai balik ke kampung pun saya boleh terus mengajarkan mereka muqaddam.

Kakak Ain yang sangat happy dengan playdoh.

Episod 2:Gambar nasi berlauk:)

Hihi..lupa letak gambar.Maka jadilah episod 2.Salam Jumaat♥♥♥

Nasi Berlauk Kelantan Style

Assalamualaikum..

Dah sarapan ko belako?Cewah..Sebab hari ni Kelantan style,so ayat pun kena lain sikit.Sarapan pagi hari ni saya mulakan dengan makanan yang sangat berat.Nasi berlauk ikan kembung.Ha..panjang nama dia.

Kalau di kampung saya,nasi berlauk ni memang dah jadi makana tradisi kami.Ikan yang saya gunakan pada pagi yang hening ni ialah ikan kembung.Apa beza kembung dengan mambung??Masaknya tersangatlah mudah.Mesti semua orang dah tau kan.

Tapi senjata rahsianya ialah sambal yang sangat power tu.Kalau makan nasi berlauk memang tak sah tak de sambal.Sambal ni pun warisan generasi keluarga kami.Saya tak tau rumah orang lain ada ke sambal macam ni.Sebabnya sambal tu hasil air tangan bonda tercinta.Memang kalau habis,balik kampung mintak lagi dengan ma.Suami pun dah suka sambal tu.Sampaikan memang mak saya akan bekalkan sambal ni untuk semua adik beradik di perantauan.Kasihnya ibu membawa ke syurga...:(
Sedih pula.

Tadi pun bila saya call ma saya dia cakap nak ke pasar teman (RTC kota bharu)nak beli cili sekilo.Anak2 dah nak balik bercuti.Sambal pun dah nak abis.Macam tu sekali.Buatnya pun tak susah.Setelah dibuang tangkai cili,blend dengan cuka,garam dan gula.Maka siaplah ia.Pastu hiris limau kasturi,masukkan sekali.Memang wow lah.Saya malas nak buat dengan alasan anak kecik,takut pedas badan baby.Hihi..

Oklah..Nak mengemas dulu,esok in sha Allah balik kelantan.♥♥♥

Thursday, November 28, 2013

Wanita dan Tudung

Assalamualaikum ladies..

Wanita dan tudung memang tidak dapat dipisahkan bagai lagu dan irama,intan dan permata,ombak dan laut serta banyak lagi.Hari ni bila kerajinan sedikit terserlah,saya mengemaskan gobok yang dah lama tak berkemas.Lagipun sekarang ni baby asyik buka tutup je almari tu.Mana tak bersepah segala isi yang ada dalam almari.

Mula-mula saya kira drawer pertama.Penuh dengan tudung bawal.Almaklumlah saya ni bawal lover.Jadi koleksi bawal yang paling banyak mendominasi tudung2 yang ada.Seterusnya drawer ke-2.Penuh dengan tudung instant.Maksudnya tudung awning dan tidak berawning.Koleksi ni pun boleh tahanlah.Tapi kalau compare syria dan awning saya lagi suka yang syria.Senang jaga.Nak campak dalam mesin basuh pun ok.(jarang2 boleh lah kan)Itu lah faktor saya suka syria.Belek2 lagi,ada shawl,halfmoon shawl,pashmina dan squircle shawl(edast boutique).Ish..ish..Ada shawl yang tak pernah pakaipun.Tapi kenapa beli??Di sini timbul persoalannya.Ok saya jawab,beli sebab tengok orang pakai cantik,saya pakai macam burung belatuk..hihi.Lagipun saya jenis yang tak artistik.Mana nak jadi kalau nak cepat.

Percaya tak bila saya katakan setelah dikira2 tadi ada 100++ tudung yang ada.Astaghfirullah.Dari zaman hingusan sampai sekarang.Pakai cuma berapa kerat je.Membazirnya.Ni belum masuk yang dalam baldi,yang digantung.Macam tak percaya pun ada.Inilah natijahnya akibat mengunjungi butik2 yang ada di sekitar seksyen 7,seksyen 9 dan seksyen 16.Tu belum yang beli sari Kelantan.Tak termasuk yang diorder dengan adik dan kakak ipar.Insaflah wanita sekalian.(saya lah tu)

Cukuplah membazir.Ingat,membazir itu amalan syaitan.Tadi,ada setengah tudung dah diasingkan untuk dibawa pulang ke kampung dan disedekahkan kepada yang memerlukan.

Pesanan terakhir-cuba kira tudung anda pula.Ada berapa??Sehingga itu.Sekian.(2014 dah tak nak beli tudung)azam la ni..kecuali raya.ehehe..♥♥♥

Petua Untuk Mengurangkan Nafsu Membeli Pakaian Mahal

Hihi..peringatan ni untuk diri saya sendiri sebenarnya.Pakaian saya tak mahalpun cuma agak boros sedikit..Semoga kita semua dapat muhasabah diri.♥♥♥Sebanyak manapun pakaian kita,kain kafan jugalah pengakhirannya.Tingkatkan amal dan ilmu untuk ke sana...

Wednesday, November 27, 2013

Selamat Berkhatan

Assalamualaikum..

Pernah terfikir tak pada usia berapa anak2 kita sesuai dikhatankan?Bagaimana nak meyakinkan mereka yang berkhatan ni adalah sesuatu yang mesti dilakukan?Sebabnya bila saya tanya Zahin,anak saya yang berusia 3 tahun dia akan cakap Mail cakap sakit.Mail dalam upin ipin tu.Hihi..Mungkin hujung tahun depan saya cuba pujuk dia sekali lagi.

Kalau di kampung time cuti sekolah,abah sayalah orang yang paling sibuk.Dia bukan Tok Mudin,tapi sebagai penghulu kampung abah akan mencari seberapa ramai kanak2 dalam jajahan takluknya untuk dikhatankan di masjid.Siap dapat hadiah lagi sapa yang dapat kanak2 paling ramai.Kanak2 ni pula akan diraikan dahulu dengan beca berhias,kemudian dimandikan dan dibuat pulut semangat lagi.Sangat meriah.Doktor dari klinik kesihatan yang berdekatan yang akan datang untuk mengkhatankan mereka.Eh,tok mudin dah tak wujud ke?

Oklah,kepada adik2,anak2 yang akan berkhatan,selamat berkhatan.Orang kata masa kecik2 ni lah luka cepat sembuh dan kurang sakit.Zaman Abang saya dulu,dia dikhatankan masa darjah 4.Ingat lagi mak saya cari tempurung jantan untuk diketuk di kepala lutut.Hihi..

*Enjoy foto messi dan drogba berkharan.Phew..

Tuesday, November 26, 2013

GCBKU

Hari demi hari
ku melangkah kaki menuju ke situ
ke bangunan kuning merah
aku pasrah
aku reda

oh..sold out lagi
bilakah dapat aku menyapamu
wahai GCBku..
Jangan biarkan aku
walang dan berasa gundah
kerana memikirkanmu..♥♥♥

*sebenarnya dah dua hari ke mcd semata2 nak makan gcb.Tapi hari ni pun sold out juga..

Resepi;Mee Kuah Lada Hitam

Assalamualaikum..

Ini pagi tadi punya cerita.Bangun pagi duk teringat-ingat akan mee dan kue teow dalam fridge.Ingat nak goreng.Tapi malas.Lepas tu terfikir nak buat mee kuahlah.Resepi ini memang resepi ma saya sejak saya kanak2 lagi.Tak taulah dia ambil dari mana.Atau mungkin semua mee kuah orang Kelantan macam ni.Tak sure sangatla.Sebab dulu pernah masa sekolah siap bertekak lagi dengan kawan pasal mee kuah.Dia kata,alah,sama je mee kuah dengan mee sup.Saya tak nak kalah,eh mee kuah,mee kuahlah..Jom tengok resepinya

Bahan2
-mee/kue teow
-sayur sawi
-satu sudu besar cuka
-lada hitam ditumbuk
-b.putih(dihiris)
-isi ayam/daging/sotong/udang/fish ball(boleh campur semua)
-telor
-tomato
-sos tiram
-b.besar

Cara2
-panaskan sedikit minyak di dalam periuk
-masukkan b.putih..Agak2 bau wangi,masukkanlah lada hitam.tumis sekejap
-masukkan isi ayam dan sedikit air.masukkan juga cuka untuk rasa sedikit masam
-bila isi ayam yg dah dipotong kecik2 tu masak,masukkan air untuk dijadikan kuah.Terpulanglah pada anda.Kalau ramai;banyaklah kuahnya.
-masukkan sos tiram
-masukka telor bila kuah tengah menggelegak.Jangan kacau supaya telor tak hancur
-masukkan garam dan gula secukup rasa
-masukkan b.besar dan sayur.
-bila dah masak,tutup api dan masukkan tomato.
-bolehlah dihidangkan dengan sedikit perahan asam limau nipis

Monday, November 25, 2013

Spageti yang Malas

Tetiba Ain cakap dia lapar.Jadi,dengan langkah pantas terus saya pong pang pong pang di dapur.Tengok2 dalam fridge ada sos spageti.Mee pun ada.Tapi nak buat mee lama sikit.Pikir punya pikir,tadaa,maka terhasillah spageti yang malas.Spageti tak malas sebenarnya,umi Ain ni yang malas.

Tanpa cendawan butang,tanpa daging kisar,sekejap saja sudah masak.Saya cuma potong ayam kecik2,carrot sikit,jadilah.Bukan ke malam kena makan macam pengemis?Haha..ayat orang malas..

Nampak Ain selera saja.Lagipun dia demam.Mungkin sifat spageti yang masam2 manis sket tu buatkan dia berselera.

Gaji Oh Gaji

Masih lagi terngiang-ngiang kata2 kawan saya tadi iaitu kak ma yang kecil molek,comel lote.Kak Ma ni boleh kami anggap dia macam kakak kami lah di sekolah.Dialah kawan,dialah kakak,dialah ibu,dialah ayah.Ehehe..Ini sudah lebih ni..Dia pandai bagi nasihat.Sesuai dengan gelaran ustazah.

Bila saya cakap saya dah kering dah bulan ni.Tapi kak ma boleh cakap dia masih lagi berbaki duit gaji dia.Pandai dia manage.Saya ni pula,selagi ada duit selagi tu lah nak belanja.Tak lekat duduk rumah.Kalau boleh tiap2 minggu nak ke Seksyen 7,(memang pun pergi tiap2 minggu).Suami cakap Jalan Tar ke-2 selepas Jalan Tar di KL.

Beli tudunglah,beli baju lah dan macam2 lagi.Butik mana yang orang cakap best mesti saya pergi.Macam mana duit nak lekat.Patutlah Kak Ma kaya,saya tak kaya.Kena belajar ni.Rahsianya dia cakap jangan pergi mana2,baru duit boleh lekat.Buat tak tau jer gaji tu.Dan mungkin keberkatan rezeki juga.Lagi satu Kak Ma jarang makan kat luar.Sebab tu malu nak cerita kat dia kalau kita makan kat luar sebab dia rajin masak.Rezeki saya tak berkat ke?Wanauzubillah..

Tapi saya berazam untuk tahun hadapan saya akan tiru macam kak ma ni..Berubah untuk masa depan yang lebih cerah.Wallahua'lam.

Sama2 muhasabah diri..

Berdating di Cili Merah

Assalamualaikum..
Tengah hari tadi,selepas menghantar kerja2 sekolah yang saya rasa entah hape2 tu,terus saya pulang ke rumah.Bukan apa,nak ngedate dengan my lovely hubby.Maklumlah hari ni hari gaji saya.Selalunya kalau saya gaji,saya akan belanja dia.Begitulah sebaliknya.Beribu-ribu ampun juga ditujukan kepada blogger yang famous Ilham Hati Aisy Nasiha sebab tak sempat sembang panjang kat sekolah tadi.In sha allah kita jumpa di kampung yang tercinta.♥♥♥

Asalnya kami berdua ke mc donald Seksyen 9.Dah bayar parking 40 sen dah.Niat nak makan GCB yang keluar sekali setahun tu.Tapi semua dah sold out.Kami melangkah keluar dengan hampa.Lain kalilah.

Terus suami cadangkan ke Cili Merah.Rasanya dah lama kami tak ke sini.Kenapa yea??Entahlah mungkin Seksyen 13 pun dah banyak kedai makan.Kami makan nasi campur dan plus order abc,kole kacang which is my favourite dan pengat pisang(hubby's fav).Masa tengah pilih2 makan tu,ada sorang mamat ni tapi dia melayu bukan mamak.Dia main teka-teki pulak.Kak,ni asam pedas ke kari?Nasib baik otak saya masih berfungsi dengan waras.Tu ada daun kari tu,rasanya kari.Hihi..Betul la kan?

Orang kata specialist kat Cili Merah ni pada air teh dia.Jadi bila ke sini saya akan pesan teh ais  je.Walaupun fav saya teh o ais limau sejak dahulu sampai bila2.Saya orderkan untuk suami teh o ais limau.Jadi,taklah kempunan sangat..Kami berdua beredar keluar selepas membaYar Rm 33.Mahal tak?Nasib baik sedap..4 bintang.

Saturday, November 23, 2013

Taman Tasik Shah Alam 2013

Assalamualaikum.
Hari ni kami tak ke mana-mana.Selepas menghantar adik ke Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam,kami anak beranak ke Taman Tasik Shah Alam.Tempat yang biasa kami kunjungi saban minggu.Mungkin ini adalah kunjungan kami yang terakhir untuk tahun ini.Sebabnya minggu depan kami akan balik ke kampung.In shaa Allah.

Macam biasa,pagi ni tak ramai pengunjung.Tengok jam tangan,pukul 11 lebih.Patutlah.Mungkin ramai yang dah balik.Lagipun cuaca dah sedikit panas.Bila ke tasik,anak2 saya macam biasalah.mereka dah tak hiraukan umi dan abah diorang dah.Nasib baik baby Zaim kecik lagi,kalau tak dia pun sama agaknya.

Baru saya perasan,anak2 ni tak semestinya kita belikan mereka barang yang mahal atau ke  mall sahaja,tapi kualiti masa tu yang penting.Kalau lama2 sangat dengan mereka pun,pasti mereka bosan kan!

Satu lagi yang saya sedar juga,Zahin anak saya yang kedua,rupanya pencinta nature.Ain pula seorang yang adventurous.Baguslah.Sorang nature,sorang adventure.Macam Zahin tadi,mula2 sampai,dia akan ajak saya tengok tasik.Baling2 kayu dalam tasik dan kemudian dia sendiri akan ke arah pokok,cari semut katanya.Lepastu jumpa rama2 yang comel.Excited sangat dia.

Kakak Ain pula asyik dengan main besi,main buaian dan asyik minta abah angkat dia untuk main dekat palang besi.Beberapa kali dia ulang sampai lenguh-lenguh tangan.Baby pun bila semua orang main,dia pun sibuk nak berjalan padahal tak boleh jalan lagi.Tunggulah baby boleh jalan..

Dekat pukul 12,masing2 dah haus,jadi kami pun pulang dan singgah beli air kelapa di gerai tepi jalan.Oklah,sehingga ketemu lagi.♥♥♥

Friday, November 22, 2013

Selfie

Sape2 yang suka selfie.Ni maksudnya..Kadang2 seronok juga selfie2 ni.Iyalah,kita bukan selebriti jauh sekali artis.Bolehlah feeling2 artis.

Jom selfie!Jangan selfish sudah!!

Only for 31st years old

Ehem..ehem..sapa2 yang berumur 31 tahun sila perasan dan sapa2 yang lebih 31 tahun sila muntah..hihi..

Sharing is caring♥♥♥

Gelagat Zaim

Assalamualaikum..

Niat saya untuk ke sekolah tertangguh lagi.Kalau semalam baby demam.Hari ni baby Zaim dah sihat.Aktif macam biasa.Tapi hari ni husband pula nak pakai laptop.Huhu..Biasalah kalau dah namanya share laptop,macam ni lah jadinya.Bilalah saya boleh ke sekolah.

Hari ni kakak dan abang zahin dihantar ke sekolah.Kakak ada party akhir tahun di sekolah.Zahin pula kalau kakak nak pergi sekolah,dia pun mulalah nak ke taska.Jumpa Aisy,kawan baiknya.Hari ni bawa boboiboy ke taska.Hii,macam2.

Tinggal berdua dengan Zaim,senanglah sikit.Pagi2 lagi saya dah siap masak untuk makan pagi dan tengah hari.Yang kelakarnya,saya perhatikan baby saya ni bila dengar je intro candy crush yang game tu,dia senyum dan terus datang ke arah saya.Padahal dia tengah main tu.Dia pula yang nak main game ni.Aii,kecik2 lagi.Selalunya dia akan baring sebelah saya dan kami sama2 main game dan sama2 gelak bila kalah.Hihi..Kalau Zahin,lagilah bila dengar muzik kalah,dia akan tanya,umi kalah lagi??Haish..

Wednesday, November 20, 2013

Resepi Mudah untuk Baby:Pisang &Yogurt

Assalamualaikum..

Saya cuma nak kongsikan resepi yang sangat mudah untuk baby dan anda semua boleh cuba.Semudah satu dua tiga.

Bahan2;
-pisang
-yogurt(perisa apa2 lah)

Cara;
-pisang dipotong2
-campurkan dengan yogurt.

Tadaa..Siap..hihi..mudah sangat,macam tak layak dibuat entry.Tapi nak share juga.Suka sangat baby Zaim makan.Comot2 mulutnya..Lagipun dia suka makan pisang.Selamat mencuba.

Buah Celagi Manis

Celagi manis dari Thailand..:)

Tuesday, November 19, 2013

Rezeki yang Tidak disangka

Assalamualaikum..

Nah,inilah keropok yang dibawa jauh dari Kelantan oleh ibu yang tercinta.Macam miracle je.Mak saya boleh tahu yang anaknya ini memang nak makan sangat keropok lekor.

Hari tu,masa otw balik Shah Alam,memang saya dah berniat nak beli keropok lekor memandangkan keropok keping saja yang banyak kat rumah Shah Alam.Tapi,disebabkan dua buah bas yang turut sama singgah untuk membeli ole2,saya batalkan niat beli keropok lekor walaupun hati ni teringin sangat.Lagipun,saya tak suka beratur dan tunggu terlalu lama.

Saya tak cakap pun dengan mak saya tentang hal ni.Tapi;tiba2 bila datang ke Shah Alam semalam,mak cakap dia ada belikan keropok lekor.Tersenyum saya.Hati ibu boleh rasa apa yang anaknya rasakan!MasyaAllah..Dan mungkin juga saya selalu amalkan ayat seribu dinar dari Tingkatan 3 lagi sampailah sekarang.Inilah dia rezeki yang tak disangka-sangka..(Cikgu Sains saya dulu pernah cakap kalau amalkan ayat2 ini,kita tak akan sangka kita dapat sesuatu benda di luar jangkauan kita).Sama2 kita muhasabah diri..

Sunday, November 17, 2013

Terung Bakar Cicah Air Asam

Erk..Alhamdulillah.Baru selesai makan tengah hari untuk hari ni.Masakan kampung yang sangat simple tapi saya sangat sukakannya.Encik hubby dan adik2 saya pun bertambah makan tadi.

Resepi kami tengah hari tadi very da simple dimple.Sayur pedas petola (ore kelate panggil tene),ayam goreng kunyit,terung bakar cicah air asam dan bendi yang dicelur.Tidak lupa juga penambah rasa,budu.

Pernah dengar tak terung bakar cicah air asam??mesti tak pernah.Sangat mudah.Terung tu bakar sekejap kat dapur kecil kita tu je.Tak yah pakai arang bagai or Oven sekalipun.Ha,ni senjata rahsianya,air asam.Fuhh..

Bahan2;
-5 ulas b.merah(ditumbuk)
-3 biji cili api
-sedikit belacan
-perahan air asam limau nipis(sebiji)
-sedikit gula dan garam
cara;
-kesemua bahan di atas ditumbuk.kemudian sesuaikan rasa masam,manis dan pedas..tadaa..siap.

Bolehlah dimakan dengan nasi yang panas2.Cicahlah terung ngan air asam ni.Rasanya lagi sedap dari ikan bakar yang dicicah air asam.Pasti tertambat selera si pemakan.Tadi,sebab terung ada sebiji,jadi saya celur bendi untuk dicicah sekali.hihi..

Resepi:Nasi Kerabu Biru

Assalamualaikum..
Masa tengah menikmati makaroni goreng kat Pasar Tani Stadium Shah Alam pagi tadi,saya didatangi 3 panggilan tidak dijawab.Nombor pula tidak saya kenali.Saya pun kembalikan panggilan tersebut.Tak sangka orang tu menyamar semata2 nak resepi nasi kerabu.Nah,ini untukmu wahai penyamar..Hik hik...

Bahan2;
a)sambal nyor(kelapa)
-nyor digoreng
-b.merah
-ikan sardin@selayang
-serai ditumbuk
-lada hitam ditumbuk
-halia ditumbuk
-garam &gula secukup rasa

b)tumis nasi kerabu
-santan dibiar gelegak sampai naik minyak
-masukkan b.merah,cili kering,b.putih 2 ulas,halia,sedikit belacan yg dah diblender
-ketuk serai,kemudian masukkan dlm periuk
-masukkan budu dan nisan(gula melaka)
-asam keping 1 keping
-garam dan gula secukup rasa..biar dia gelegak lama sikit dan kecilkan api

c)nasi
-masukkan beras,sedikit pewarna biru..(sikit sgt)
sebab biru dia terang
-masukkan daun limau purut(klu ada)

d)ulam
-cincang timun btg,daun kesum dan apa2 je la

e)budu
-bwg putih dan serai diketuk
-kemudian masukkan budu,sedikit air dan nisan..tunggu sehingga mendidih..tadaa..siap.

Bolehlah dimakan dengan daging bakar ataupun ikan celup tepung.solok lada dan seumpamanya.nak suruh pedas,makan dengan sambal.Selamat mencuba..

Saturday, November 16, 2013

Beriadah Bersama Keluarga Tercinta

Assalamialaikum..
Hari ni hari pertama cuti sekolah secara rasminya.Tak pergi mana2 pun
Hanya menghabiskan masa di rumah.Lepas sarapan nasi lemak kerang yang dibeli pada pagi tadi,saya ajak suami dan anak2 turun ke kolam kat apartment kami..Rasanya hampir 3 tahun saya dah tak turun kolam.Bukan apa,malas.Selalu pun suami yang turun bawa anak2.

Lama dah tak mandi kolam.Best juga rasanya.Baby yang kecik ni pun kemain suka mandi kolam.Semua tak nak naik bila diajak balik rumah.Rasanya macam nak daftar ain untuk kelas renang next year.Tu pun kalau dia nak.Penakut sangat anak sulung saya.Tapi hari ni tengok gaya dia dah ok dah sikit.Siap ke kolam dewasa lagi..

Berenang ni pun boleh jadikan terapi minda.Hilang stress seketika.

Friday, November 15, 2013

Yeay,cuti sekolah

Alhamdulillah.15.11.13 berakhir sudah episod persekolahan pada tahun ini.Tahun yang penuh suka,duka dan cabaran sebagai seorang pendidik.In shaa Allah,semoga kita semua beroleh keberkatan.Hari ni di sekolah,masih ada lagi kerja2 last minute yang belum dapat dilaksanakan.So,nak tak nak kena datang lagi ke sekolah untuk kerja2 akhir.

Kepada semua guru selamat bercuti walaupun hakikatnya kita tak cuti pun.Nikmatilah ia sepenuhnya.Kepada yang balik kampung,selamat balik kampung..Semoga kita semua diberikan peluang untuk berjumpa lagi pada tahun hadapan..Adios..

Tuesday, November 12, 2013

Bunga Putih dan Bunga Kuning

Assalamualaikum..
Dalam hati tertanya tanya kenapa bunga putih tahan lebih lama berbanding bunga yang kuning?Adakah kerana warnanya yang putih suci?Padahal jenis bunga yang sama dan air ditukar sama,diletakkan bersama2..

Fikir-fikirkan..♥♥♥

Monday, November 11, 2013

Resepi Orang Demam

Assalamualaikum..

Sehari dua ni badan rasa letih sangat.Mungkin bagi seorang guru,hal ini adalah lumrah biasa kerana saat-saat akhir inilah semua report,segala macam pelan taktikal,operasi dan strategik mesti disiapkan untuk dihantar kepada pentadbir sebelum mula bercuti panjang..Tadi pergi ke klinik dan cek blood pressure..sekali lagi low blood pressure:(

Berbalik kepada tajuk asal selepas sedikit luahan perasaan,saya nak berkongsi dua resepi bagi orang demam dan malas nak masak banyak.Macam saya..Iyela..dahlah kita demam,tekak pun rasa perit semacam..takkan nak masak macam kenduri.

RESEPI 1;SUP AYAM DENGAN CENDAWAN

Bahan2:
-Ayam(dipotong kecil)suka hatilah
- 1keping asam keping
-sdikit halia
-bawang merah dan putih(dihiris)
-kiub pati ayam
-cendawan(cendawan biasa je)-dicarik carikkan
-rempah ratus(ketumbar,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang)
-sedikit lada hitam

Cara2
-rebus ayam dengan halia,kemudian masukkan kiub pati ayam.
-tumis rempah ratus tadi dengan sedikit minyak sehingga wangi(tumbuk)
-masukkan rempah ratus tadi yg dah ditumbuk ke dalam periuk
-tumis bawang putih dan b.merah sekejap je..tak payah garing pun.juga masukkan dalam periuk
-bila nampak ayam macam nak masak,masukkan cendawan yang dah disiat2 tadi..klu nak letak tomato pun boleh
-masukkan sedikit garam
-rasa dan kemudian siap...
-bolehlah dihias dengan daun sup dan hirisan limau nipis,sedikit cili..(ALHAMDULILLAH-my kiddos sangat suka terutamanya bab ratah cendawan)

RESEPI 2;IKAN SINGGANG VERSI KELATE(RESEPI ASAL BY MY MUM)

Bahan2;
-ikan tongkol
-asam keping(2 keping)
-sedikit lengkuas
-gula nisan(gula melaka)
-sedikit garam

Cara2;
-rebus dahulu ikan dengan sedikit air,garam,asam keping dan nisan(biar rasa dia jadi sebati,masam dan manis tu)
-bila nampak ikan dah masak,masukkan air sebanyak yang kita suka(agak2 la)
-masukkan hirisan lengkuas dalam 3 hiris
-masukkan sedikit garam
-masukkan juga lada ketot(kemetot)sebagai penyedap rasa(nanti lada ni boleh diletakkan dalam budu)
-masak sehingga mendidih kuahnya dan boleh dikecilkan api
-sedia untuk dihidangkan
-sangat sedap dimakan dengan budu yg dikenyet cili hidup dan sedikit perahan asam limau..ada juga yg suka makan dengan sambal berserta ulam2

Nampak tak resepi yang simple dan malas ini tetapi sangat membangkitkan selera..selamat mencuba♥♥♥


Saturday, November 9, 2013

Galau

Assalamualaikum...jom layan lagu galau oleh fivers..Galau maksudnya sedih.Dato Ct pun ada juga versi lagu galau..

Tapi buat masa ni lagu galau fivers sering terngiang2 di telinga saya siap buat phone ringtone lagi..

Saya sangat tidak sihat 2 tiga hari ni..rasa lesu dan macam tak ada tenaga.Tak pernah lagi saya demam saya habiskan semua ubat yang diberikan doktor.Tapi kali ni habis.Tambah lagi dengan bengkak tonsil.Sangat menyeksakan.Rasanya nak cuti je cepat2..Tapi banyak kerja yang belum siap.

Sepi hatiku galau jiwaku saat kau putus dengan aku...hihi..sambungla sendiri.

Wednesday, November 6, 2013

Selamat Menempuh SPM

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan hari pertama calon-calon SPM menduduki peperiksaan.Pada kesempatan yang ada,saya ingin mengucapkan Good Luck kepada semua calon.Jawab dengan tenang dan jangan gabra.

Sebagai guru,saya percaya murid2 sudahpun melakukan yang terbaik.Guru juga sudahpun melakukan tugas mengajar sebaik mungkin.

Kalau sekolah saya,hari ini semua ibu bapa yang beragama islam datang ke sekolah untuk menunaikan solat hajat dan bacaan yassin semasa murid sedang menjawab soalan.Mudah-mudahan semua murid berjaya menjawab dengan tenang dan memberikan keputusan yang baik kepada ke dua ibu bapa dan guru2..

*p/s:cuti ni nak ke mana?

Biar Betul

Suatu petang,dalam perjalanan yang panjang dua orang budak kecil sedang berbual-bual dalam kereta macam main pondok-pondok lagaknya..

Si kakak berumur 5 tahun,si adik pula 3 tahun..

Kakak;Nah adik,air kopi..dah siap dah.
Adik;Biar betul kakak,tak kan air kopi..
Kakak;Haha...Adik dah pandai cakap biar betul (sambil gelak kecil)

Umi dengan abah yang sedang mendengar perbualan diorang pun  turut tergelak sama..

Monday, November 4, 2013

Hijrah

Assalamualaikum..

Esok,kita semua akan menyambut 1 Muharam 1435 H..Sungguh cepat masa berlalu.Bagaimana dengan azam kita,adakah masih di takuk lama?Atau mungkinkah dah tercapai 90%?Kalau dah tercapai,Alhamdulillah.

Sempena Maalhijrah yang akan kita sambut esok,patutnya kita ingat balik tentang peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w.Baginda berhijrah dari kota Makkah ke Madinah atas tujuan yang satu.Untuk menyatukan ummah dan mengembangkan syiar islam.Hijrah juga berlaku atas perintah Allah dalam surah al-anfal ayat 28.Selain itu,hijrah juga disebabkan oleh jemputan dari masyarakat Madinah yang Nabi kemudian namakan sebagai Ansar.Jadi di sini,tidak timbul bahawa hijrah ialah pelarian seperti mana yang digembar-gemburkan oleh orientalis barat.

Hijrah dalam maksud yang mudah ialah berpindah.Dalam konteks Islam pula perpindahan dari kota Makkah ke Kota Madinah.Betapa peritnya Nabi Muhammad dalam melakukan hijrah.Baginda dan Abu Bakar sahabat yang setia di samping Allah yang memudahkan perjalanan mereka telah berjaya berhijrah dengan selamat selepas bersembunyi di Gua Thur kerana bimbangkan akan ancaman Arab Quraisy.

Di sini,kita boleh perhatikan bahawa sahabat2 Nabi sangat membantu.Saidina Ali sanggup tidur di tempat tidur Nabi semata-mat ingin menyelamatkan Nabi.Asma Binti Abu Bakar pula sanggup jadi spy dan menghantar bekalan makanan ke Gua Thur dalam tempoh persembunyian Nabi walaupun sedar tindakannya sangat berisiko.Abd Rahman bin Auf pula sanggup menyedekahkan hartanya ke jalan Allah semata-mata ingin melihat syiar Islam berkembang.Kalau kita,adakah kita sanggup?tepuk dada tanya iman..

Marilah kita jadikan maalhijrah tahun ini sebagai tahun yang cukup bermakna kepada kita.Mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah dan tahun ini menjadi improvement year kepada kita semua..Wallahua'lam.

Baldi lagenda

Assalamualaikum..

Hai,saya percaya ramai lagi antara kita yang masih bersedih dengan kekalahan TRW malam tadi tambah2 peminat mereka.Saya pun tak terkecuali,rasa suram dan muram hari ini.Tadi pun masa bersarapan pagi dekat Kedai Nasi Kerabu Su, ramai penyokong Kelantan yang sudahpun pulang dari S.Alam sedang menikmati sarapan pagi.Jelas kehampaan di wajah mereka.Walau apapun,adat permainan,mesti ada kalah dan menang...Tadi pun saya terserempak dengan cikgu English saya masa Tingkatan 3.Alhamdulillah,cikgu Yusof Saat masij ingatkan saya.Dia kata muka saya tak berubah,tu yang dia ingat.Ehem..ehem..Kembang semangkuk dua tadi..hihi

Ni pula saya nak cerita tentang baldi saya..Ha?Baldi??Masa nak rendam seluar anak tadi,tiba2 mak suruh saya pakai baldi yang kat depan tu.Laa,ingatkan baldi mana,rupanya baldi masa zaman universiti lagi.Ada lagi tertulis H12/025..Asrama saya di Fajar Bakti,USM,PENANG..Sangat ohsem..baldi tu masih elok tersimpan dan tak rosak pun.Seingat saya 2002-2006 baldi tu berkhidmat kepada saya.SyukuR..lama tu..

Saya sayang baldi saya...hari ni rupanya penuh dengan kenangan.Dah tua rupanya saya..Anak pun dah 3.Insaflaa...hihi

Sunday, November 3, 2013

Mee Celup vs Jering Rebus

Assalamualaikum..

Memang terbaikla menikmati mee celup Kak Za Sup perut kat Pasar Siti Khadijah..mee celup ini lah yang menjadi favourite saya since zaman sekolah hinggala dah ada 3 anak sekarang..

Lepas menikmati mee celup yang super duper lazat,mak saya sempat beli jering rebus cicah nyior..fuhh..memang meletops..Bestnya Kota Bharu:)

Saturday, November 2, 2013

Road to Kota Bharu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..saya dan keluarga dah selamat tiba di kampung halaman maghrib tadi selepas menempuj perjalanan yang agak panjang..syukur nikmat dapat menghirup udara segar di kampung dan melihat bintang-bintang bertaburan pada malam hari..MasyaAllah..sungguh indah.

Perjalanan balik kampung hari ni adalah disebabkan dah lama tidak pulang ke kampung.Tambahan pula sekolah saya cuti dari Jumaat sampai selasa.Rugi kalau tak balik.

Walaupun semua orang sibuk ke shah alam untuk final Piala Malaysia,namun kitorang ambil peluang balik ke kampung.Meriah sangat perjalanan.Macam balik mengundi.Suami saya sempat menghighbeam kereta2 penyokong kelantan yang sangat bersemangat waja.Lebih hebat lagi dengan kehadiran penyokonh2 yang berada di tepi2 jalan melambai2 bendera tanda sokongan.Masya Allah..manisnya ukhuwah..Walaupun begitu,ada juga beberapa kejadian accident tadi.tengok tadi dah masuk dalam fb dah..

Saya sangat berharap Piala Malaysia kali ini milik Kelantan..Gomo Kelate Gomo..we ♥ pantai timur..ahaks..

Friday, November 1, 2013

Minat Baru

Assalamualaikum...
Setiap orang mesti ada minat ataupun kegilaan baru..kalau dulu saya memang minat sangat kumpul fridge magnet..tapi akhir2 ni,minat saya dah beralih kepada brooch pula..Brooch bukan sebarang brooch,brooch yang jenis kain pula..

Tak tau pula punca ataupun faktornya..Mungkin sebab faktor umur yang semakin bertambah atau mungkin sebab benda ni membuatkan kita lebih comel walaupun hakikatnya kita tak secomel brooch tu..