Google+ Followers

Sunday, May 19, 2013

Tips menghadapi cuaca panas

Assalamualaikum..

Sekarang ni cuaca sangatla panas..jemur kain sekejap je dah kering,bukan setakat kering, malah dah boleh kira garing kalau dibiarkan berlama-lama.ehehe..Tapi jangan risau, guna lah serbuk cuci yang maintainkan colour walaupun dicuci beratus-ratus kali.

Saya sebenarnya nak beritahu tips-tips sempena menghadapi cuaca yang panas ni.Jangan lah pula kita persalahkan Pencipta kerana Dia tahu yang terbaik untuk umatNya..Saya dengar dalam radio hari tu, cuaca panas ni dijangka berterusan sehingga bulan September. Wallahua'lam..So, teman-teman yang sedang menggantikan puasa tu semoga terus bersabar dan beristiqamah ya menggantikan puasa.Yang belum ganti tu, cepat-cepatla ganti.Jangan diremehkan Rukun Iman yang ke-3 ni.

Antara tips yang dapat saya kongsikan:

  • minum air banyak-banyak (lebih 8 gelas sehari pun tak pe)air suam lagi digalakkan
  • pakai baju kain kapas(meresap peluh)..nilon tidak digalakkan..terutamanya untuk baby dan kanak-kanak
  • bagi yang hantar anak-anak ke rumah pengasuh atau nurseri, baju petang yang diberi seeloknya sleeveless ataupun baju pendek..tak yah lah beria bagi baju lengan panjang.kesian benar kat baby.
  • selalu check bawah leher baby..mana lah tau ada ruam yang tersembunyi
  • pakai cermin mata @rayban semasa keluar rumah
  • galakkan anak-anak bermain di dalam rumah
  • pantau kesihatan diri dan family yang tersayang
  • lagi??
Sehingga itu, sekian..wallahua'lam

Friday, May 10, 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..

Hari ni macam terharu sangat..Balik kerja tadi, ambil anak saya, Ain kat tadika dia.Tiba-tiba dia siap cakap, umi,close your eyes..masa tu, saya tak boleh agak lagi.Pastu dia cakap open your eyes and then dia jerit surprise..Memang surprise sangat.Tau tak, dia ada bagi kad kat saya dan cakap Selamat Hari Ibu, Umi.Wah, anak dara saya dah besar.Sekejap saja dah nak masuk 5 tahun. Comel juga la kad yang dia buat tu walaupun saya tahu itu adalah dengan bantuan gurunya.TQ anak umi..

Jadi, untuk semua ibu di seluruh dunia, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada anda semua especially untuk ma saya Pn Samsiah bt Yussof dan buat mertua saya..berbanggalah menjadi seorang ibu.Buat anak-anak, hargailah jasa ibu anda selagi mereka masih ada..Pada yang sudah tiada, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka..amin...You make my life sweet too, my lil princess..
Inilah kadnya..



Saturday, May 4, 2013

Zoo Negara 2013

Assalamualaikum..

Sebenarnya saya dan famili ke zoo negara RAbu lepas..tapi baru nak cerita..asalnya en hubby ajak tengok iron man3.tapi tetap berdegil..nak juga ke zoo..maklumlah,sejak jadi orang KL hampir 7 tahun,tak pernah jejak lagi ke zoo negara..kalu zoo taiping dan melaka dah beberapa kali dah. Inilah orang kata gajah di depan tak nampak,kuman yang di seberang lagi nampak.

Memang pun ke zoo hari tu ada gajah..siap menyahtinjakan lagi bahan buangan depsn kami..ee,tak malu betul..kata anak saya yang umur 3 tahun..ok,habis pasal gajah..tiket ke zoo..mahal juga lah bagi orang yang biasa macam saya ni..dewasa=rm30..kanak2=rm6..so kami suami isteri dan 2 anak,dah rm 72..mak aii..tapi demi anak2 umi merelakannya..

Satu lagi,makanan pun mahal..1 scoop aiskrim kon tu Rm6..ish2..kalau beli tempat lain dah dapat 6 kon dah..hehe..okla..tapi kalau tak beli,anak2 lapar..tapi mahal..beli aje lah.

Sepanjang kat sana sume berjalan lancar..anak2 pun ok.dengar kata.kami tak naik train pun.berjimat..sambil excercise.lagipun cuaca redup hari tu..Alhamdulillah.anak2 sume happy..so ok la..dapat juga diorang belajar.Itulah cerita cuti saya.