Google+ Followers

Saturday, March 9, 2013

Mood:Pengaruhi Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Di saat entri ini ditulis, saya baru saja lepas pam susu..susu ibu lah. Ni saya nak cerita sikit pasal ajaibnya susu ibu ni..Dulu macam tak percaya..sekadar untuk perkongsian, mommies-mommies yang nak menyusu sepenuhnya susu ibu (fully bf)memang kena ambil pengajaran dari apa yang berlaku kat diri saya.

Last 2 week, memang saya rasa susu saya drop sangat..rasa dah frust dah nak bagi fully bf kat baby..usia baby sekarang baru 4 bulan.. tapi berkat nasihat dan sokongan dari suami, kawan-kawan yang sama-sama fully bf, saya rasa jadi semangat..

Melalui kajian yang saya buat ke atas diri saya, hehe..saya rasa punca susu saya drop/ kurang disebabkan oleh beberapa sebab.Antaranya:
  1. stress-nak kena observe
  2. bebanan kerja-sebenarnya sama la stress tu datang dari bebanan kerja yang terlampau..terlibat ngan kerja-kerja bilik apd dan pantun
  3. malas nak pam
  4. tak istiqamah-suka hati saya je bila nak pam ke tak nak..asal cuti tak pam
  5. penat-letak je kepala kat bantal terus pengsan (maklumlah,anak ramai)
Ni masa stok tengah banyak..
Jadi, bila saya rasa keadaan dah semakin pulih dan mulai minggu ni, semuanya dah reda dan beransur seperti biasa..saya dapat rasakan susu mengalir dengan mudah dan senang..syukur..kalau 2 minggu sebelum ni, nak dapatkan 5 oz pun susah..Kesimpulannya, mood sangat mempengaruhi pengeluaran dan penghasilan susu ibu..trust me ok..masa saya stress, suami cakap sebab stress la susu kurang..memang betul..so, ibu, mommie,umi semua jangan stress..selain tu,doa pun penting untuk penghasilan susu ibu yang banyak(surah al-baqarah, ayat 60).

Lagi, makan kismis banyak-banyak(actually masa tengah menaip ni pun, tengah kunyah kismis).minum susu segar(jarang-jarang=tak lalu tekak saya),ambil pil asi(berkesan kalau makan dengan betul), makan pisang, minum air masak(air suam lagi bagus)banyak-banyak..dan teruskan pam seperti biasa..tapi, ada satu lagi cara yang saya belum cuba iaitu ambil vco(minyak kelapa dara), nanti kalau berkesan saya cerita lagi yea..sehingga itu..wallahua'lam

6 comments:

  1. tulah, tenangkan hati sokmo, insya Allah boleh bf sepenuhnya sampai dua tahun... vico apa rasa? best tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. vco rs ok je..bau kelapa la..boleh mkn nye..insyaallah isnin ni sampai

      Delete
  2. tq ummi...tip yang menarik sbb eika memg nak bf anak kedua nie sampai 2 years...insyallah...anak first tak menyusu langsung sbb rasa menyusahkan n sakit badan...bila tgk org lain bleh knpa eika tak bleh...cuma satu soalan nak tanya ummi?....ummi peras susu pakai pam jenama apa....sbb eika srkg tgh survey breastpump....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..saya pakai tommee tippee je..avent pn ada..tp sb dah lama dah..masa anak sulung lagi.skrg ni breast pump pn dh murah..avent 160 je..happy bf

      Delete
  3. Salam semua,

    Sambil2 cari idea, jumpa blog ni... saya nak share salah satu entry di blog saya tentang petua untuk banyakkan susu ibu... sudi2 la singgah ye

    http://dunianutrisi.blogspot.com/2013/04/petua-terhebat-banyakkan-susu-ibu.html

    ReplyDelete
  4. salam..dah baca dah blog tu..sgt berguna infonya

    ReplyDelete