Google+ Followers

Saturday, March 9, 2013

Mood:Pengaruhi Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Di saat entri ini ditulis, saya baru saja lepas pam susu..susu ibu lah. Ni saya nak cerita sikit pasal ajaibnya susu ibu ni..Dulu macam tak percaya..sekadar untuk perkongsian, mommies-mommies yang nak menyusu sepenuhnya susu ibu (fully bf)memang kena ambil pengajaran dari apa yang berlaku kat diri saya.

Last 2 week, memang saya rasa susu saya drop sangat..rasa dah frust dah nak bagi fully bf kat baby..usia baby sekarang baru 4 bulan.. tapi berkat nasihat dan sokongan dari suami, kawan-kawan yang sama-sama fully bf, saya rasa jadi semangat..

Melalui kajian yang saya buat ke atas diri saya, hehe..saya rasa punca susu saya drop/ kurang disebabkan oleh beberapa sebab.Antaranya:
  1. stress-nak kena observe
  2. bebanan kerja-sebenarnya sama la stress tu datang dari bebanan kerja yang terlampau..terlibat ngan kerja-kerja bilik apd dan pantun
  3. malas nak pam
  4. tak istiqamah-suka hati saya je bila nak pam ke tak nak..asal cuti tak pam
  5. penat-letak je kepala kat bantal terus pengsan (maklumlah,anak ramai)
Ni masa stok tengah banyak..
Jadi, bila saya rasa keadaan dah semakin pulih dan mulai minggu ni, semuanya dah reda dan beransur seperti biasa..saya dapat rasakan susu mengalir dengan mudah dan senang..syukur..kalau 2 minggu sebelum ni, nak dapatkan 5 oz pun susah..Kesimpulannya, mood sangat mempengaruhi pengeluaran dan penghasilan susu ibu..trust me ok..masa saya stress, suami cakap sebab stress la susu kurang..memang betul..so, ibu, mommie,umi semua jangan stress..selain tu,doa pun penting untuk penghasilan susu ibu yang banyak(surah al-baqarah, ayat 60).

Lagi, makan kismis banyak-banyak(actually masa tengah menaip ni pun, tengah kunyah kismis).minum susu segar(jarang-jarang=tak lalu tekak saya),ambil pil asi(berkesan kalau makan dengan betul), makan pisang, minum air masak(air suam lagi bagus)banyak-banyak..dan teruskan pam seperti biasa..tapi, ada satu lagi cara yang saya belum cuba iaitu ambil vco(minyak kelapa dara), nanti kalau berkesan saya cerita lagi yea..sehingga itu..wallahua'lam

Sunday, March 3, 2013

weekend

ASSALAMUALAIKUM..

Dua hari yang sangat sibuk..hari sabtu sekolah ganti..balik dari sekolah, saya dan suami ke seksyen 19,merayau-rayau kat butik baby..cari milk storage saja niat sebenarnya.tapi, bila terpandangkan stokin baby yang comel terus saya berkenan dan ambil.Harganya pun tidaklah mencekik darah sangat..stokin tu dinamakan 7 days socks..kiranya setiap hari kita boleh tau baby kena pakai stokin yang mana.dah memang tertulis dah hari kat stokin tu..tak yah pening-pening..sesuai juga untuk dijadikan gift.

7 days socks yang comel..
Hari ni pula sengaja ke pasar stadium s. alam untuk breakfast..rasanya semenjak ada baby baru ni, ni baru first time saya bawa dia ke pasar. kat stadium tadi saya beli beberapa helai baju untuk tiga-tiga angkasawan negara saya ni.maklumlah anak dah 3.kena adil bukan?Anak saya yang kedua biasala, mesti kena beli ultraman dan pistol ultraman..gambar-gambar jumper dan baju-baju lupa pula saya ambil.
model cilik menggayakan 7 days sock..
Balik dari pasar, simpan lauk-pauk kat freezer and then terus sambung perjalanan ke wholesale mydear dekat Puchong..boleh tahan juga ramai orang.inilah hasilnya.tiga barang menandakan 3 anak.kalau 5 anak tak taula..hehe.basikal untuk Zahin, walaupun sebelum ni memang dia selalu berebutkan basikal kakaknya.untuk dia sendiri tak pernah beli pun..play mat untuk baby yang baru pandai meniarap..untuk kakak pula, princess tent yang ada banyak-banyak bola..lebih kurang RM 300 juga la saya habiskan tadi untuk mereka.tak pe, minggu depan kita tak yah pegi mana-mana..save budget.
hasil-hasil dari mydear..
Nak tau barang apa yang paling mengujakan mereka?tentunya princess tent milik kakak.Zahin cuma memandang lesu basikal tu macam tak rasa apa-apa..padahal antara ketiga-tiga barang, beskal dia paling mahal.mungkin dah selalu dia naik basikal kakak.. tu yang dia tak rasa apa-apa..huhu..rasanya cuti dua hari ni tak cukup lah..nak cuti lagi..ok, sehingga itu...wallahua'lam.
princess tent kakak..okla, mereka happy..



Saturday, March 2, 2013

Sedih

Assalamualaikum..
Rasa terpanggil untuk menulis tentangLahad Datu..tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa..tetapi sedih sangat bila melihat isteri Inspektor Zulkifli yang sedang pregnant sangat tidak bermaya.tengok dalam fb..

Sebenarnya dari apa yang saya baca,memangla dahulunya Sabah berada di bawah Kesultanan Sulu.Namun,bila Sabah dan Sarawak masuk ke Malaysia 1963,kerajaan masih lagi membayarRM 5300 sebagai sewa..mesti diteruskan selagi ada matahari dan bulan.alamak,ini yang membimbangkan..tapi itulah dari perjanjian dengan kesultanan sulu..

Kesultanan Sulu pula menganggap Timur Sabah sebagai hak mereka..bukan menceroboh.Jadi,macam mana sekarang?Ya Allah,selamatkanlah penduduk Sabah..hilangkan kegusaran mereka..semoga semuanya dapat diselesaikan dengan penuh hikmah..amin