Google+ Followers

Saturday, February 16, 2013

Anak oh Anak

Assalamualaikum..

Tadi selepas menziarahi anak kawan yang sakit kat Hospital Serdang, saya dan family terus ke SACC MALL Shah Alam..niatnya nak makan pizza yg ada ketam kat atas tu,sempena CNY..bila sampai kat restoran tu, terus amik tempat duduk..biasala 3 orang angkasawan negara saya ni..sebenarnya 2 la yang aktif..sorang lagi baik sangat,baring aje dalam stroller(umur baru nak masuk 4 bulan)..

si kakak masa 3 tahun(tak de kaitan pun)hee
Ya Allah<tau apa jadi?tahap kebisingan diorang ni mengalahkan 40 orang..angkasawan yang pertama iaitu si kakak macam-macam hal dibuatnya..dia usik budak-budak waiter tu, dia buat cop mohor dengan tangan yang berminyak kesan sos pizza dekat cermin..alahai..angkasawan kedua pula, si abang,asyik tarik-tarik meja, naik turun kerusi dan sekejap-sekejap pergi kat stroller adik..kiss adik katanya..puas ditegur dan dilarang oleh ummi dan abahnya,tapi biasala..lupa nak amik gambar..baru bel;ajar jadi blogger katakan.saya pula kalau depan orang controll la sikit..takkan nak marah angkasawan negara ni dengan nada yang agak menggegarkan restoran..tak chill la kan..so, biar ajela..

Masa makan-makan tu, tiba-tiba masuk satu family lagi dengan anak-anak mereka yang lebih kurang ramaila juga..saya agak mak ayah mereka umur lebih kurang senior sikit daripada saya..sebabnya saya nampak anak dia yang perempuan tu macam darjah 4 dah..kalau dia muda dari saya, saya minta maaf..hehe..anak-anak mereka pun lebih kurang samala dengan angkasawan negara saya..jadi,restoran tu dah jadi havoc dah..macam-macam gelagat diorang saya tengok..jadi,my hubby cakap "semua budak sama aje..ingatkan anak kita je yang aktif"..dah namanya pun budak..tapi dalam hati ni sangat berharap anak-anak ini membesar menjadi anak yang bijak dan soleh solehah..aminn.

No comments:

Post a Comment