Google+ Followers

Saturday, February 23, 2013

warna

Assalamualaikum..

Warna sangat penting dalam kehidupan kita..sebab tu wujudnya istilah hitam putih kehidupan, monday blues and so on..macam pelangi yang cantik,kita dapat berasakan betapa agungnya ciptaanMu Ya Allah..semalam masa meeting, satu apa pun saya tak faham, cuma yang dapat saya ambil ialah pentingnya memilih warna pakaian mengikut hari supaya lebih membangkitkan seri..jom kita tengok:

  •  isnin- putih
  • selasa-pink/ungu
  • rabu-biru
  • khamis-oren
  • jumaat-hijau
  • sabtu-merah
  • ahad-hitam
ok, sekian..nanti lepas ni tak yah pening kepala nak pilih baju..

Monday, February 18, 2013

Rushing

Assalamualaikum..

Sangat rushing sekarang ni bila memikirkan banyak lagi silibus yang belum cover..exam pula dah semakin dekat..hari tu 20.3, ubah lagi 4.3 dan sekarang ubah lagi kepada 1.3..sangat risau..Ya Allah, Kau permudahkan segala urusanku demi anak didik yang tercinta..

Sunday, February 17, 2013

Bonding

Assalamualaikum...

Perasan tak yang anak-anak kita mempunyai bonding ataupun ikatan yang kuat dengan adik beradiknya ?saya dah perasan sebelum ni semasa bersalin anak yang kedua..hari ni memori tu datang balik..macam dejavu pulak..tadi, masa anak kedua saya nangis, baby pun ikut nangis..abang berenti nangis, baby pun berenti nangis..itulah yang saya maksudkan sebagai bonding antara anak-anak.kalau dengan kita tu memang biasala, sebab kita kan ibu bapa mereka.sungguh unik kan anugerah Allah ni?
      jadi, insiden tadi mengingatkan saya sewaktu saya berpantang kat kampung..bila anak sulung nangis,anak kedua mesti ikut nangis..mak saya selalu cakap macam kembar pulak.bila sorang nangis, yang sorang lagi mesti nangis..so,kepada ibu-ibu muda yang tengah pregnant,jaga tingkah laku,sebabnya setiap tingkah lau kita cerminan kepada tingkah laku anak kita..

Saturday, February 16, 2013

Anak oh Anak

Assalamualaikum..

Tadi selepas menziarahi anak kawan yang sakit kat Hospital Serdang, saya dan family terus ke SACC MALL Shah Alam..niatnya nak makan pizza yg ada ketam kat atas tu,sempena CNY..bila sampai kat restoran tu, terus amik tempat duduk..biasala 3 orang angkasawan negara saya ni..sebenarnya 2 la yang aktif..sorang lagi baik sangat,baring aje dalam stroller(umur baru nak masuk 4 bulan)..

si kakak masa 3 tahun(tak de kaitan pun)hee
Ya Allah<tau apa jadi?tahap kebisingan diorang ni mengalahkan 40 orang..angkasawan yang pertama iaitu si kakak macam-macam hal dibuatnya..dia usik budak-budak waiter tu, dia buat cop mohor dengan tangan yang berminyak kesan sos pizza dekat cermin..alahai..angkasawan kedua pula, si abang,asyik tarik-tarik meja, naik turun kerusi dan sekejap-sekejap pergi kat stroller adik..kiss adik katanya..puas ditegur dan dilarang oleh ummi dan abahnya,tapi biasala..lupa nak amik gambar..baru bel;ajar jadi blogger katakan.saya pula kalau depan orang controll la sikit..takkan nak marah angkasawan negara ni dengan nada yang agak menggegarkan restoran..tak chill la kan..so, biar ajela..

Masa makan-makan tu, tiba-tiba masuk satu family lagi dengan anak-anak mereka yang lebih kurang ramaila juga..saya agak mak ayah mereka umur lebih kurang senior sikit daripada saya..sebabnya saya nampak anak dia yang perempuan tu macam darjah 4 dah..kalau dia muda dari saya, saya minta maaf..hehe..anak-anak mereka pun lebih kurang samala dengan angkasawan negara saya..jadi,restoran tu dah jadi havoc dah..macam-macam gelagat diorang saya tengok..jadi,my hubby cakap "semua budak sama aje..ingatkan anak kita je yang aktif"..dah namanya pun budak..tapi dalam hati ni sangat berharap anak-anak ini membesar menjadi anak yang bijak dan soleh solehah..aminn.

Friday, February 15, 2013

Permulaan yg baru

Assalamualaikum wbt..
memula tak reti apa pun nak tulis... sampai husband kena taip utk diri ini...keh keh keh

Blog ini untuk ekspresi pandangan saya tentang kehidupan... soo... stay tune...