Google+ Followers

Saturday, January 24, 2015

Pergimu Mengadap Illahi

Assalamualaikum..

Semalam 23.1.2015 hari Jumaat pukul 11malam perginya bonda yg saya kasihi mengadap Illahi.Alhamdulillah saya sempat menjaga dia malam pertama di icu dan malam tadi..Kehilangan bonda saya cukup cepat saya rasakan.Sakit kaki lepas tu operate dan sesak nafas.Terlalu cepat.

Tak sempat saya nak jaga dia lebih lama.Saya tau itu memang sifat semuladi mak saya yg tak pernah menyusahkan anak2 sehingga ke saat akhir pemergiannya.

Tapi kami adik beradik puas hati kerana 9 orang anak2nya berada di sisinya.Masih ingat lagi saat genting mak saya bertarung nyawa.Kami membacakan yasin dan ajar mengucap kalimah Allah..Getirnya masa tu hanya Allah yang tahu.Kami adik beradik juga banyak menguruskan arwah.Dari hospital,memandikannya,mengimamkan solat jenazah,dan sehinggalah ke pengkebumiannya.Semua adik beradik yg lakukan.

Alhamdulillah mak berjaya mendidik kami adik beradik.Syukur sangat ya Allah punyai seorang ibu yg sangat penyayang dan terlalu baik hati..Pergimu tiada galang ganti.

Semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman.Rindunya nak dengar suara mak saya membebel kat saya dan adik beradik lain.Rindu celoteh mak saya dan masakan dia.Lepas ni tiada lagi hidangan istimewa bila balik kampung.

Innalillah hi wainna ilaihi rojiun..

Saturday, January 10, 2015

Persiapan Sekolah Anak

Assalamualaikum

Excitednya umi bila anak masuk darjah satu.Semalam saya start jahit lencana anak saya.Jenuh juga nak jahit tu.Nampak senang sebenarnya tapi susah juga.

Hari sebelum tu saya dah jahit satu lencana.Yang lawaknya bila suruh Ain pakai dekat leher letaknya lencana tu.Kehkeh.Tudung pertama seingat saya 3 kali saya jahit.Jahit tetas dan jahit tetas.Mula2 kat leher,lepas tu jahit yang ke dua pakai jelujur biasa,takut masuk mesin mudah tanggal dan yang ketiga barulah saya berpuas hati sedikit saya guna jahitan lilit ubi.Ye ke dok sebenarnya lilit ubi.Hentam sajalah.Hari tu ada kawan cakap upah rm2 sekeping.Tapi tak tanya la pula kat mana.Masa ni lah terfikir nak beli mesin jahitlah semata2 nak jahit lencana.

So semalam settle lah semua tudung sekolah kebangsaan.Hari ni baru nak cari baju sekolah agama.Lencana kemudianlah.Nasib baik sekolah agama tak full lagi. Kalau tak,nampak gaya tak sekolah lah Ain.Tinggal nak iron baju,tulis nama di kasut dan the other things,balut buku..Abahnya cakap dia nak balut.Kita tengok je lah.Heehe.

Rasanya tenang sikit hati saya walaupun tak tau lagi macam mana Ain di hari pertama sekolah.Semoga yang baik2 saja untuk dia.Aamiin.

Thursday, January 1, 2015

Orientasi Darjah 1

Assalamualaikum w..b.t

Alhamdulillah semalam anak sulung saya dah pun menjalani hari persekolahan yang pertama untuk Tahun 1 iaitu hari orientasi.Sebelum tu berdebar2 sangat saya dan suami risau,bimbang dan takut.Maklumlah ini anak pertama dan pengalaman pertama masuk sekolah rendah.Lain sangat dengan di tadika.

Sebenarnya agak susah nak pilih sekolah untuk anak.Iyalah setiap ibu bapa pasti nakkan yang terbaik untuk anak masing2.Tapi mungkin ni yang terbaik yg kami mampu.Pagi2 tu senang je Ain bangun sebab nak ke sekolah.Excited sangat.

Dah sampai di sekolah,kami terus lihat nama semua murid di board berhampiran pondok jaga.Ain dalam kelas 1 Taurus.Terus kami daftarkan Ain dan anak diminta beratur mengikut barisan.Ibu bapa kena masuk dewan kerana ada taklimat.So,tinggalkan Ain dan tak sangka dia ok.Masa beratur tu pun dah dapat kawan dah.Delaila nama budak tu.Sorang lagi Ain lupa namanya.Yang kelakarnya sampai ke dalam kelas pun duduk bertiga dorang.Terharu juga saya sebab Ain ok.

Masa rehat kami ambil anak2 di kelas untuk makan di kantin.Saya dan Ain  yang beratur beli makanan.Sambil2 ajar dia beli makanan.Sedap masakannya.Nasi goreng rm1 untuk Ain dan saya beli bihun sup untuk saya.Lepas tu kami ambil buku teks dan beratur beli buku di kedai buku.Ni pun baju sukan tak beli lagi sebab dah habis stok.

Nak share sikit perbelanjaan untuk sekolah Ain.
-baju dan kain sekolah-rm140( saya tempah )upah pula 14 kali 5=70.ni pun baju sek agama tak beli lagi sebab tak confirm lagi sekolah agama.
-tudung,kasut,anak tudung,stokin,beg=rm150
-botol air dan telekung=rm54
-lencana dan name tag=rm15
-beli buku tulis dan alat tulis=rm80
-Bayar transit=rm250
Rasanya ni untuk setakat ni.Tunggu bayar yuran PIBG lah nanti.Saya cuma doakan agar Ain berjaya dunia akhirat.

Wednesday, December 24, 2014

Banjir di Kelantan

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni merupakan tahun paling buruk bagi rakyat kelantan khususnya dan negeri2 pantai timur yang lain.Mana tidaknya,banjir yang melanda begitu dasyat sekali.Kawasan kampung saya walaupun tidak dilanda banjir,namun kami juga terasa kesannya.

Masa saya di kampung hari tu,sempatlah anak2 saya bermain banjir depan rumah walaupun airnya hanyalah lopak2 kecil saja.Seronok sangat mereka.Kami juga sempat pergi tengok air di Kota Bharu.Dapat juga merasa makan ikan puyu sebab abah menahan pukat masa tu.Jadi tak lah kempunan.

Sebelum bertolak balik ke Shah Alam sehari sebelum keputusan PT3 diumumkan,saya dan famili serta abang dan kakak ipar ke Pengkalan Kubor.Ingatkan naklah beli sedikit peralatanSebelum tu kami singgah di Rantau Panjang untuk mengambil adik saya yang bertugas di Rantau Panjang.Sebabnya kereta dia tak boleh keluar.Ditinggalkan di Stesen Keretapi Rantau Panjang.Mada di Rantau Panjang banyak kelihatan lori2 askar dan JPAM menghantar bekalan makanan dan bantuan lain.Dalam 10 buah lori juga yang kelihatan di sebuah sekolah di Rantau Panjang.

Masuk saja ke Pengkalan Kubor,rupanya tempat ni lagi teruk.Kelihatan dapur rumah penduduk dimasuki air sehingga paras paha.Lebih kurang 5 kilometer nak sampai,air memang dah memenuhi jalan.Dah jadi laut dah.Ada juga kelihatan seorang bapa membawa anaknya bermain air di situ.Mak saya pula risau takut boleh masuk untuk shopping tiba2 tak boleh keluar sebab masa tu pun dah start hujan.Kami tanya orang yang sedang main air di tepi jalan tu.Katanya ni lah kawasan yang paling dalam.So Pengkalan Kubor tak jadi,kami patah balik singgah makan mee celup rumah kawan kakak ipar di Pasir Mas.Alhamdulillah masa kami sekeluarga balik ke Shah Alam cuaca elok sahaja.

Semalam pula,abang saya stuck beberapa jam di Merapoh Gua Musang semasa dalam perjalanan balik ke Shah Alam.Nasib baik boleh keluar.Tanah runtuh dan banjir.

Ya Allah,Kau lindungilah kami dari bencana ini.Aamiin.

P/s;ni gambar di pengkalan kubor yang saya ambil dari dalam kereta.

Sunday, November 30, 2014

Gulai lemak Kuning telur Itik

Alhamdulillah.Selesai menjamu selera.Makin menjadi2 selera saya ni.Semalam sebab dengar adik saya gulai telur itik,hari ni kami ke pasar semata2 nak cari telur itik.Lima biji rm4.Oklahkan.Nak kata tak ok pun,sebab nak makan.Saya beli 10 biji rm8.

Tadi dah gulai separuh.Ada lagi separuh.Makan nasi panas2 ditambah pula dengan budu yang sengaja saya letak cili lebih sikit.Memang pedas menyengat tapi sedap.Anak dara pun bertambah.Resepi saya mudah saja.Bawang merah,lengkuas,asam keping dan sedikit ketumbar.Lupa pula sedikit kunyit.Kalau sapa2 yang suka warna merah sikit bolehlah blend lada kering.Tapi letak sikit je lah.Garam dan gula secukup rasa.

Sebenarnya,tadi juga saya buat eksperimen.Rupa2 nya telur itik ni kalau yang memang eloklah,walaupun dipecahkan ke lima2 biji dalam satu bekas sebelum dimasukkan ke dalam santan tu,tetap dia akan terasing satu demi satu.Maksudnya telur tak bercampur.Bolehlah cuba yea.Sebelum ni saya pecahkan satu2,rupa2nya boleh je pecahkan semua sekali letak dulu dalam bekas lain.

Petua ni rasanya saya tengok dalam tv.Ni betul2 orang nogori yang mengajarnya.Tapi memang menjadilah.

Saturday, November 29, 2014

Pulut Gaul Kelapa Parut Ikan Masin

Assalamualaikum

Sejak semalam lagi saya mengidam nak makan pulut ikan masin atau ikan kering.Ni betul2 mengidam ni.Hehe.Tapi semalam kecewa sangat bila check gobok,yang ada hanyalah beras pulut yang dah berkulat dah. Banyak kutu beras juga.Terus saya buang beras pulut tu.Seingat saya last year saya pakai beras tu untuk buat ketupat sotong.Tahun 2014 ni tak berusik pun beras pulut tu.

Jadi petang semalam lepas ambil anak2 dari taska,saya beli beras pulut,kelapa parut yang baru dimesin dan sedikit barang dapur lain.

Pagi2 ini sesudah Subuh,rasanya terus saya masuk ke dapur.Misi harus diteruskan.Saya masakkan dua cup kecik beras pulut dalam periuk dan masakkannya.Lepas tu kelapa parut tu digaul dengan sedikit garam.Kemudian ikan kering atau ikan masin saya goreng sesedap rasa.Fuhh mantap.

Untuk anak2 pula,saya gorengkan popia frozen dan nuget.Boleh je kan?Masa mengadap pulut yang panas2 tu percaya tak pagi tu saya makan dua kali siap bertambah lagi.Rupa-rupanya dua2 anak lelaki juga suka pulut ikan kering ni.Kakak pula tak suka pun.Ikut abah dia kot.

Hari ni pula sebenarnya ada dua buah kenduri.Tapi bila sampai di rumah dalam pukul 6 petang,sebab ada lagi pulut tu dalam periuk,saya makan untuk yang terakhir kalinya.Tak membazir.Alhamdulillah.Maksudnya 2 cawan beras pulut tu mampu saya habiskan.Ini memang betul2 mengidam ni.

Friday, November 28, 2014

Adik saya dan Oppo

Assalamualaikum

Mesti parents yang ada anak2 UPSR masih lagi sibuk2 tentang result anak masing2..Mana nak sekolah lepas ni dan macam-macam lagi.Saya juga ada adik yang ambil UPSR baru2 ni.Alhamdulillah dia dapat 4A 1B.In sha Allah meneruskan legasi kecemerlangan kami adik-beradik.Bukan nak berlagak,kalau dulu time dapat hadiah,mak saya lah orang yang paling banyak dapat hadiah sebab kami adik beradik cemerlang masa di sekolah rendah.Hehe.Saya dulu dapat 3A 1B.Saya B matematik.Adik bongsu saya ni pula B English.Ada adik saya yang dapat 4A pun.Dulu kan 4 subjek saja.

Sebenarnya saya dah berjanji dengan adik saya nak berikan Rm 100 kalau dapat 1A.So ikut bilangan A lah.Awal tahun lagi saya janji dengan dia sebab nampak dia banyak sangat main.Kalau exam biasa,cuma dia dapat 2 A saja.Bila hari diumumkan result dalam pukul 9.00 tu kami saja lah mengusik dia,Azmien tengah ambil gambar tu,result straight A.Haha..Saja melawak.

Dalam pukul 11am lebih tetiba dia call saya.Kebetulan saya di sekolah buat kerja2 yg terbengkalai.Kak,adik dapat 4A.Nanti masuk lah duit tu..Nak beli oppo.Amboi..Kemain dia.Kita dulu ma abah belanja makan sate je.Tu pun kira syukur sangat dah.So,petang tu saya masukkan rm400 sebagai hadiah untuk dia.Haha.Bila cerita kat ma saya,dia cakap memang tak leh janji dengan Azmien sebab dia akan ingat.Tapi saya pun dah janji kan.

Sekalung tahniah untuk adik saya Wan Mohammad Azmien Azram.Dia sebenarnya muda setahun berbanding kawan2 lain ni.Lahir  01.01.2003.Nama dia pula Azmien Azram saya yang bagi sebab masa tu saya minat sangat dengan goal keeper Pahang Azmien Azram.Sekarang kan selalu jadi tetamu dalam perlawanan bola sepak.Heehe.

Semoga kejayaan ini akan berterusan selama-lamanya.Ini hanyalah permulaan sebuah kehidupan.Moga adik saya juga berjaya dunia akhirat.Aamiin.